Thursday 30 August 2007

merdeka

iya, merdeka. pertama kali aku menyambutnya di luar negara, dan aku masih tak percaya.

apa pun. entah kenapa malam ini bukanlah malam bunga-bunga sempena merdeka yang gempak gempita dengan mercun dan bunga api.

malam di melbourne amat sunyi bagiku, dan sebab itu aku menulis. untuk melepaskan kesunyian.

nota: definisi sunyi bagiku ialah apabila aku terhenti. maksudnya figuratif, dan begitulah definisi aku sendiri dan bukan merujuk mana-mana kitab, ok!

detik sunyi itu bermula selepas aku membaca tulisan saudara serunai faqir tentang penghinaan terhadap melayu dan islam di blognya. dan diteruskan dengan satu email dari pakcik amer tentang helaian-helaian AQ yang hilang, seperti ayat-ayat itu telah naik ke langit (merujuk kepada salah satu tanda kiamat).

dan sebenarnya. kutukan-kutukan, konflik dan spekulasi ini tidaklah begitu merunsingkan aku. tetapi mendiamkan aku dan menyebabkan aku terhenti. sebentar. oleh sebab itu, aku perlukan medium penyampaian supaya aku dapat meneruskan perjalanan. suatu buah fikiran dan keputusan segera yang mungkin tak relevan untuk jangka masa panjang tetapi cukup sekadar penenang buat masa ini. kerana minda yang kacau bilau bukanlah penilai yang baik dan akan sukar mengawal emosi yang tak stabil.

dan sebenarnya. aku menulis bukan langsung untuk mengulas walau sedikitpun tentang perkara-perkara ini. kerana semuanya sudah terjadi- tak ada apa-apa yang boleh kulakukan. makanya kuulang, tulisan ini lebih kepada stimulus ketenangan dan kestabilan aku. ingin mencari titik pertemuan dan membuat keputusan.

dan apa yang aku sedang ceritakan ialah cara aku menelaah perkara yang sedang dibentangkan kepadaku.

sebagai konklusi dan keputusannya, aku tak menolak perkara-perkara ini. kerana jauh dalam lubuk hati, aku runsing dan terdiam dengan gawat dunia.

tapinya. aku perlu bersikap praktikal- tak ada apa yang boleh kulakukan sekarang yang berbeda dengan apa yang sedang aku lakukan. dan menyusun prioriti itu paling penting ketika menimbangberat perkara-perkara ini.

kepada sesiapa yang tak faham, maaf membuang masa anda. kerana sejujurnya yang sedang kulakukan ialah fragmentasi dan penyusunan maklumat, idea-idea dan cambah-cambah perasaan yang 100% untuk diriku sendiri. jikalau memberi manfaat, itu adalah tidak disengajakan. dan jika kamu faham dan terkesan secara negatif, sila beritahu saya. dan saya dahului dengan maaf.

aku akhiri dengan satu quote dari 'like the flowing river' oleh paulo coelho, salah satu koleksi masterpiece yang aku sayangi. "dont tell your heart what you should do over and over again, because your heart has already know it", dan aku stabilkan dengan kata-kata "peringatan itu tetap baik, sehingga ke suatu tahap".

sekian. nafas salaam merdeka yang dihembus dari melbourne.

No comments: