Thursday 30 August 2007

pub dan tandas

tadi. semasa kelas geoscience, jeffrey (lecturer cum paleontologist) beritahu suatu benda yang menarik.

"brilliant ideas come from the pub".

merefleksikan ayat ni untuk situasi aku- "banyak idea bernas aku dapat dari dalam tandas"

baik. fokus aku bukan tempat dan suasana. fokus aku ialah situasi minda masa tu. dan ini aku figured out dari pembacaan dan penaakulan.

semasa melakukan aktiviti rutin yang tak perlukan minda untuk berfikir secara sedar, seakan-akan semuanya berlaku secara spontaneous dan tak perlukan otak berfungsi secara direct dan in reality.

masa ni, subconscious mind yang akan bergerak secara aktif, dan untuk subconscious mind, fungsinya beyond reality dan practicality, sorewa banyak idea yang mungkin pada awalnya unrealistic dijanakan. dan bila minda sedar dapat track ideas ini, minda sedar akan cuba merealistikkannya supaya sejajar dengan realiti- in a sense, possible to occur or to be done.

tak kisahla tempat dan waktu, asalkan minda separa sedar bergerak aktif, idea-idea bernas yang walaupun pada mulanya simplistic, beyond the boundaries of reality and seems unrealistic boleh muncul.

dan sebenarnya, apa-apa sahaja yang boleh difikirkan oleh manusia boleh berlaku, bukan? sebab semuanya masih dalam kawalan Dia. dan tak ada apa yang mustahil bagi Dia- possibility itu sebenarnya sentiasa ada.

lagipun.

rahmatNya di mana-mana, walau dalam tandas dan pub sekalipun.

No comments: