Tuesday 14 August 2007

bintang di siang hari

saya fikir dengan cara berangan dan melalut berkhayal dapat membuat saya lupa sedikit. tak perlukan pil ecstasy; imaginasi pemberian Tuhan ini cukup mampu membantu saya menerawang macam peter pan ke tempat saya.

dan tiba-tiba kaki saya memijak simen gajah menyusur sekolah yang panjang. sut saya juga sudah bertukar, sekarang saya memakai baju kurung kedah berwarna kuning bercorak batik, bertudung hitam dan berkasut litup menutup keseluruhan kaki. kasut saya juga berwarna hitam.

dan melilau-lilau. menunggu sambil berkeliaran di situ. saya lihat blok asrama yang sayup sambil mengukir senyum. inilah tempat saya. inilah tempat saya. dan saya rasa puas, kerana akhirnya saya sampai juga ke sini.

angin sepoi-sepoi bahasa menghembus tudung saya dan mengganggu bentuk tudung saya sedikit. panas dan rintik peluh mula membasahi baju saya, tetapi saya rasa puas dan saya rasa bebas. seperti budak kecil yang baru menjumpai taman permainan kegemarannya dahulu. begitulah ceria dan melayangnya saya.

dan saya sudah sampai, sekarang membelek-belek kad matriks dan menoleh pada jam hitam kesayangan saya. masih di situ, bermain-main dengan angin.

dalam bayang-bayang lagu ini.

No comments: