Wednesday 15 August 2007

lemah direction

ikut mama ke uitm, seperti biasa. hari itu pulang lewat sedikit, sebab mama ada discussion dengan makcik faridah dan makcik faridah. (apa nak buat, memang nama mereka sama).

saya ini senang leka dengan suasana, senang tenggelam dalam alam (secara senang ceritanya mengelamun). terkadang otak tertipu dan fokus boleh hilang. uitm dah semakin maju sekarang. bangunan besar-besar, bilik berhawa dingin, dan yang paling penting kelas mama di dalam makmal komputer. berinternet pastinya. yes.

kadang-kadang saya curi dengar apa yang mereka belajar dalam kelas. mama belajar tesl, macam menarik juga. terutamanya bila mereka discuss tentang human psychology and sociology. bagi saya menarik, memandaikan diri mengenal diri sendiri dan mengenal orang lain. terkadang teori-teori saya terjawab dan saya senyum sendirian. bunyinya macam 'aha!' begitu.

selepas habis kelas, baru saya teringat yang kami tak bawa telekung. syukur salah seorang makcik faridah ada membawa telekung, maka saya pinjam. dan sebab mama dan kawan-kawannya mahu sambung discussion dahulu di library dan saya tak ada kerja lain, makanya saya minta izin solat dahulu.

"makcik, letak telekung di mana?" sejuk juga library uitm ni. tapi lawa.

saya memang lemah ya amat bab geographical direction ni. (apa raa wei ko amek geosains lah!) kanan, kiri, depan, belakang. arrgghhh...saya perlu lihat peta uitm ni dulu secara keseluruhan untuk kenal pasti kat mana makcik faridah simpan telekungnya. (kamu boleh agak salah satu personality saya sekarang?)

makcik faridah beritahu, dia letakkan telekungnya di rak luar library, keluar pintu belah kanan tangga. (huh, complicated kan?)

tapi tak apa. sebagai sang hero saya gagah mencari telekung itu sendiri. jalan terus, keluar pintu library, belok kanan, nampak rak telekung. hah! jumpa.

"eh kiah, ceghedik ceghedik anak kau tu, ada jugak bodohnya kan?"

ketawa berderai.


p/s: ini bukan kerana saya lemah direction, tapi kerana saya keluar dari library ikut pintu masuk. sekian.

No comments: