Thursday 23 August 2007

'paga'

kamu rasa, macam mana? benarkah, pengalaman tu, dapat mematahkan semangat?

kadang-kadang. bila mama marah dan tak bagi keluar rumah untuk beli aiskrim, niat kamu terbatalkah? keinginan kamu, hilangkah? dahaga kamu, habiskah? dan selepas itu, kamu tak mahu ke kedai untuk beli aiskrim lagi?

atau bila. seorang kawan kamu dipukul bapanya sebab mengajak kamu membeli aiskrim dan selepas itu menyebabkan kamu jatuh longkang semasa terlalu asyik menikmati aiskrim dua kupang sambil bergelak ketawa. sebab kamu, kawan kamu dipukul. kamu, serikkah?

semalam, kamu hanya ingin memakan aiskrim. esok, kamu ingin pergi bermain di rumah kosong yang penuh semak. lusa, kamu ingin jadi seorang ninja. tulat, kamu kata kamu ingin jadi superman yang menyelamatkan manusia yang tertindas. dan tahun depan, kamu kata kamu ingin jadi polis. dua tahun selepas itu, kamu nekad ingin jadi PM.

sekarang, kamu masih begitukah?

kamu masih degilkah?

kamu nampak kan, bilamana adik kamu nyaris dipatuk ular semasa kamu leka dengan kereta mainan kamu di rumah kosong tu? kamu ingat kan, luka-luka yang kamu dapat sebab bergaduh dengan kawan kamu sebab dia kata skill ninjanya lebih hebat dari kamu? masih segar kan, bila mama pukul kamu sebab kamu carikkan kain cadarnya untuk dijadikan hood superman kamu? bila kamu dengar cerita pakcik kamu yang dilanggar lori semasa bertugas sebagai polis trafik? dan bila semua orang gelakkan kamu bila kamu kata kamu ingin jadi PM.

sekarang, kamu masih begitukah?

kamu masih degilkah?

hmm.

iya. aku tahu, dari mata kamu, kamu memang masih begitu. sedikitpun tidak berubah.

kerana ini ialah ceritamu. kisah heromu.

dan kamu takkan berhenti. sampai kamu selesai. takkan injak. seinci pun. tak bagi ruang pada kesal. walau sedikitpun.

sebab ini ceritamu. kamu yang mulakan. maka kamu akan habiskan.

di akhirnya. sama ada. berjaya. atau. mati mencuba.

bodoh. kamu memang degil.

No comments: