Thursday 23 August 2007

keselambaan tanpa fikir

friendster selalu ada benda yang membuat aku terkejut dan berfikir. ia field study aku untuk kenal perangai manusia. heh. padang eksperimentasi.

apa pun. tadi aku lihat friendster seorang pelajar perempuan. tingkatan 5. dan ada komen dari seorang junior di tingkatan 3 yang juga seorang perempuan (selepas diedit)- "ko ni...awek **** ek?"

fokus aku bukan pada komen. tapi pada bahasanya. siot smart and relax je budak tingkatan 3 tu panggil seorang akak yang lebih tua dari dia dengan panggilan "ko", padahal baru je kenal dan kalau tak silap aku, itu komen kedua dari budak tu kepada pelajar tingkatan 5 tadi.

kalau budak tingkatan 3 tu lelaki, aku akan faham. tapi. dia ni perempuan!

berderau darah aku. kalau aku la yang jadi budak tingkatan 5 tu, dah lama aku sound budak tu habis-habis: "ko tak kenal aku sape, tiba-tiba nak panggil aku 'ko'? kurang ajar betul."

tapi, dalam benak aku, ada satu sensibility yang timbul. budak perempuan tingkatan 5 ini dah ada balak, balaknya tu satu sekolah dengan budak tingkatan 3 tadi. aku taktau apa-apa pasal balak budak ni, tapi title 'ada balak' tu sendiri dah cukup menjelaskan keadaan.

ada juga kisah seorang budak perempuan tingkatan dua yang grab gambar-gambar seorang senior lelakinya padahal senior tu tak kenal langsung budak perempuan tu. dan seniornya ni bukan jenis yang 'peramah' dan 'sopan-santun' ataupun 'approachable' orangnya. budak ragbi.

dan dengan selambanya budak perempuan ini tanpa fikir panjang dan segan silu grab gambar-gambar seniornya tu. dan caption yang dia letakkan sangatlah 'best' dan dengan bahasa senang mudah bagi aku, 'cari pasal'.

dan memang pun, lepas senior tu dapat track budak yang grab gambar dia tu, senior tu bagi komen ala-ala 'dah lama hidup ke?'

ini hanya sedikit ekstrak dari apa yang aku perhatikan. kedua-dua pelaku fokus dalam cerita ni ialah perempuan. berani, tapi aku rasa masih kurang bertempat. kurang ajar dengan senior dan buat selamba. agaknya apa yang mereka fikirkan? hidup orang lain ialah hidup mereka jugak ke? sampai mereka boleh interfere bila-bila masa? agaknya siapa yang mengajar perangai seperti ini?

seburuk-buruk senior perempuan, aku tak pernah panggil mereka dengan panggilan 'ko'. dan tak pernah pulak aku tiba-tiba nak sibuk hal orang yang tak berkenaan dengan aku. sebab bagi aku yang paling penting, ialah hormat. itu keyword utama, yang datang dahulu sebelum perkara lain. dengan hormat, baru boleh melahirkan kepercayaan. sebaik-baik manusia, takkan kau dengar nasihatnya melainkan kau hormat sebelum kau percaya kepadanya. dan nak dapatkan hormat, tiada jalan pintas.

aku dapat track sebab budak-budak ni tak hormat pada orang yang lebih tua dari mereka, antara puncanya identiti senior-senior tu belum kukuh sebagai seorang yang layak dihormati. kes 1, ada balak. kes 2, ada masalah disiplin. well, itu fenomena biasa. apa pun, akan sampai tahap kesedaran bahawa semua orang, tak kira pencapaian, tak kira background, tak kira tahap IQ, tak kira tahap keimanan, adalah layak dihormati sebagai makhluk paling mulia antara makhluk-makhluk lain seperti pisang dan pokok jati.

dan akan sampai satu tahap, hormat seseorang itu juga boleh hilang dengan sebab-sebab tertentu, terutamanya bila dia tak menghormati orang yang menghormatinya, sebagai contoh. ataupun dia bawa keburukan pada orang yang menghormatinya.

budak-budak ini, aku nampak mereka seperti buah yang belum masak. keras, tapi masam.

dan, banyak lagi, jauh lagi mereka perlu berjalan. aku juga begitu, apa pun.

tapi, haih. buat masa ni, sementara waktu ni. biar aku berpesan. nak buat sesuatu, buatlah dengan bijak. jangan sampai jatuhkan maruah sendiri. kalau pesan senior dulu, 'nak buat jahat, pandai-pandailah cover, jangan sampai tertangkap'.

jadi, aku suka berpesan pada junior-junior aku- nak buat apa pun buatlah. tapi pandailah tanggung. bertanggungjawab. tu baru betul-betul berani namanya. sebab semangat itu penting, respek orang itu penting. dari satu segi, sehingga ke suatu tahap.

dan sambil tu, belajar sukatan mana yang masing-masing nak ambil. mana satu prioriti, mana satu lebih penting. banyakkan berfikir. fikir.

2 comments:

Anak Singa said...

Adoi. Lawak! Budak-budak. Hisyh.

akira said...

lawak rupanya.