Saturday 25 August 2007

wakattebayou!



spring is coming. pokok-pokok yang selama winter ini langsung tak berdaun mulai berbunga. kekadang ketika angin kuat, terasa daun-daun yang terbang itu menyapu laluan langkah-langkahku.

kesakitan selama ini seperti berubah menjadi chakra dan cuba melawan terik mentari yang semakin membahang. suhu di luar sekarang meningkat kepada 20 darjah celcius.

musim sejuk yang basah dan membasahkan wajahku. detik-detik aku menyeka air mata dan menjerit dalam marah dalam sulam malam yang bening. agaknya aku keterlaluan menolak perasaan. mabuk dalam angin musim sejuk yang mencengkam temulang sampai aku jadi lembik macam mayat. diam dalam sejuk angin yang ganas menggila dan menghilangkan warna-warna kulitku, memutihkan semuanya tanpa nyawa.

macam mati.

aku bukan manusia mulia yang bercita-cita mengubah dunia. semakin jauh aku berlari mengejar bayang-bayang itu, semakin kejap aku ditarik kembali. dan seperti satu suara mencekik kerongkongku, bertanya: "apa kejadahnya yang kau lakukan ni?" seperti kata mama, "balik ke square 1." dan sementelahan itu aku terduduk tidak sedarkan diri-

menangis. lalu menjadi semakin berani. keputusan demi keputusan dalam pukulan angin dingin itu. walau selalu terasa terhempap dan sesak dalam kabus dinihari. entah bila mahu pagi. entah bila tengahari. tapi Dia.

telah janji. walaupun aku kekal hina. sampai mati.

ore wa, zettai. akiramenaide!

sebab tak ada yang lebih hina dari hidup tanpa sebab.

"you live only once. you do not have to go the hard way. you can live the way you want, and die as you want. but, do not forget to protect those important to you, no matter what path you choose. those you accept, believe and love from your heart." -third hokage, ep 56, naruto-

aku ada sesuatu yang perlu kubuktikan. dan aku hidup kerana itu.

tempoh menangis. sudah tamat.

4 comments:

whilewhiting said...

salam. lama sungguh aku tak berceloteh di ruang hitam dan oren ini :P. semoga kita sama-sama mujahadah la yer. sorri la kerana aku kurang mnjaga hak ko. sungguh, aku pun bergelut dengan diri sendiri. anyways, goodluck. i bet you have exams or asignments coming up, or not.

someone told me, now, at least we're in the stage where we have found the the key, just turn and open the key lock. because there lies unspeakeble "rahmat" of Him.

mujahadah macam peguin!!

(rasanye ni tulis basically untuk diri sendiri jugk he he:)

mostlyepiphanies said...

saya suka amat gambar di atas.Titik tumpuan saya ialah pada bangku kayu di tengah itu.Menjadikan gambar itu cukup,umm...bertenaga (for lack of a better adjective).Hee~

akira said...

ana,

hak ape ke benda lak ni? aku bukan menulis untuk korang. aku menulis untuk aku. sorewa, xde hak sape-sape ni. dalam pale otak aku, tak pernah sekali pun aku menulis sebab nak bg korang baca. kehkehkeh

----------------------------------------------------------------------

aijud,

kamu ingin guna perkataan 'romantik' kah? sebab tu perkataan yang saya gunakan untuk describe gambar itu. hikhik

acah saja. adjektif yang sy fikirkan untuk gambar tu ialah 'waiting'.

kamu tahukah aijud, menunggu ialah suatu magik? dalam kes saya, ia adalah begitu. ;)

selalu, manusia terburu-buru. dan aijud, Tuhan x mencipta sesuatu dalam keadaan terburu-buru. sekalipun tak pernah. semuanya dengan ketelitian dan kesabaran.

maka apakah kesabaran? kesabaran ialah penantian.

sadis, manusia selalu kurang sabar. dan akhirnya, selalu juga kurang mendapat magik.

p/s: kepada sesiapa yg baca dan tak puas hati, fahamkan dahulu kata-kata ini sebelum serang. sungguh, saya benci orang yang terburu-buru. nampak sangat bodohnya.

whilewhiting said...

bukan yang aku maksudkan menjaga hak ko is dengan bace blog ko. tapi hak ko sbg seorg kawan. hmm. selamat bermujhadah la yer :)