Friday 17 August 2007

lagi hari jumaat yang indah

selalu Allah beri banyak kejutan pada hari jumaat.

malam tadi, aku mimpi abah. mula-mula aku nampak abah tengah susun dan kumpul-kumpul kasut dengan sangat cermatnya. dia kutip kasut-kasut polisnya tu. aku nampak, kemudian aku approached dia.

aku pimpin tangan abah, abah tengok aku dan dia senyum. lamanya tak jumpa abah. aku rasa sebak. sebab aku sangat sibuk memikirkan hal-hal lain, dan sepertinya sekarang aku baru ada masa.

aku dengan abah trim pokok comel dalam pasu kecil. kemudian sambil itu, aku nyanyikan pada abah lagu tema love story in harvard, dengan gaya manja dan senyum sokmo. abah tengok dengan senyuman, anaknya yang masih kebudak-budakan ini.

hanya kerana aku terfikir yang malam tadi malam jumaat dan abah ada, makanya Dia izinkan aku jumpa abah lagi sekali.

kerana abah rupa-rupanya sangat rindu pada aku.

maafkan aqilah, abah. aqilah sangat serabut di sini, terlalu banyak benda yang jadi. insyaAllah lepas ni aqilah kembali ok dan stabil. abah doakan aqilah ya! ;)

aqilah juga rindu abah, sangat-sangat...dan aqilah juga sangat sayang abah...moga nanti kita jumpa dalam keadaan gembira, ameen...!

dan, selamat menyambut hari jumaat =D

2 comments:

Anak Singa said...

oh abah!

akira said...

anak singa,
kenapa abah awak pun dah meninggal ke?