Wednesday 1 April 2009

chicken schnitzel & chips

bwekk. bwekk.

aku tak pernah suka fosil. kadang-kadang terasa bodoh sangat sebab aku blaja geosains. sebab nanti kene cari minyak. sebab bila cari minyak kena tau palaeontology. sebab nak tau palaeontology kene tau fosil.

fosil. bwekk.

dan untuk praktikal hari ni and next week, aku kena lukis dekat 100 fosil. dan kenalpasti diorang. tau nama diorang. tau jenis diorang. tau family diorang. kene tengok bawah mikroskop sambil lukis. dekat 100. ada yang macam sikat, macam siput, macam bola berduri, macam mahkota permaisuri, warna cokelat, putih, hitam. saiz macam-macam, tapi semuanya kurang 3 mm.

bwekkkk.

stillwell rapat pada aku.

'how r u going with all these?' sambil senyum.

agaknya muka aku tak reti menipu. aku tarik nafas kemudian lepas. pandang dia sambil fikir-fikir agaknya aku nak kelentong apa.

'yeah..i think im okay..erm..there are lots of them..i cant really differentiate them all..i mean..there are terms that i dont understand..uh..' sambil belek-belek hand out.

'well, you dont have to think too hard and stress over it. there are only three major groups, and you cant go wrong with them. just take a look at them, and try to taliate them in groups. draw a representative numbers for each group..u dont have to draw all 50..'

'owh, okay..yeah i think i'll try to make it better then..'

'it will be better. once u get along with it, and for the next practical- it will be better.' sambil pandang aku dengan yakin. sikit lagi aku nak nangis dah.

'yeah, okay..' aku senyum tawar.

'there are lots of them, yes. but you dont have to know each of them in detail. we are all new here, so take it easy. this practical should be fun. so..smile!' sambil tangan dia buat isyarat smiley kat muka.

aku tergelak sikit. macam tau-tau je lecturer aku ni. tapi masa makin suntuk; tak banyak yang aku dapat siapkan. lepas tu aku balik.

jalan-jalan sambil dengar lagu lepas ambik makanan. tiba-tiba seorang mamat negro dengan beg laptopnya potong aku ke depan. laju jugak dia jalan.

kemudian aku perasan. tangan kiri dia kudung.

dia keluarkan roti dari beg, guna tangan kanan. kemudian dia gigit dengan mulut. sambil jalan laju dia cuba bukak balutan roti tu, nampaknya dia dah lapar. sedang mau menjamu selera.

dengan tangan kudung belajar di universiti.

macam mana dia ke uni? eh..dia tak boleh drive. orang takde tangan kiri tak boleh drive.

assignment? taip dan tulis assignment guna tangan kanan aje. mungkin pasti berganda masa dari orang yang ada dua-dua belah tangan.

main badminton? tenis? buat pumping? mandi? basuh baju? angkat kotak berat?

aku dah tak terasa nak muntah dah. terima kasih ya Allah.

2 comments:

mostlyepiphanies said...

Allah sentiasa kasi kite reason untuk bersyukur, does He not?

anamunawwarah said...

yes He is...

mcm aku dan kwn2 yg suatu hari diberi reason untuk bersyukur melalui err..anjing..

Hebat=)