Saturday 20 October 2007

angkasawan oh angkasawan

ini aku ambil dari blog seorang junior aku (kalau tak silap) di alamat http://sopek.blogs.friendster.com/manga_n_soccer/2007/10/angkasawan_lagi.html:

Maaf cakap la, pada saya tak ada apa pun yg hebatnya cara pemergian Dr Muzafar ke ISS. Ianya hanya sekadar satu trip untuk membawa pulang astronout yang telah tamat tempohnya di ISS. Sambil nak pi sana tu bawa la sapa2 pi sekali dan dia akan membiayai sebagian dari kos perjalanan tersebut.

Kita tidak membina platform sendiri dengan program angkasawan ini. Dan sememangnya kita tidak akan mampu untuk meneroka angkasa secara sendirian seperti mana Jepun China dan India. Hatta Korea yang lebih maju dari kita pun tidak teruja untuk meneroka angkasa.

Bukan saya tidak setuju dengan program angkasawan ini, cumanya ini bukan priority kita buat masa ini. Disaat rakyat dibebankan dengan kenaikan kos tol, minyak, barang keperluan harian dan macam2 peningkatan kos, wajarkah kerajaan berbelanja sehingga RM95 juta hanya semata2 untuk memberitahu dunia yang kita mampu menghantar rakyat ke ISS dengan menumpang Soyuz Russia?

Kerajaan juga sering menyebut2 tidak lagi mampu menanggung kos subsidi minyak dan lain2 subsidi untuk menampung keperluan rakyat, tetapi kenapa pula kerajaan sedia membazirkan jutaan rinngit hanya sekadar untuk berbangga kepada dunia tentang keupayaan kita menumpang pergi ke ISS? Apakah impak keseluruhan kepada rakyat Malaysia dengan kepulangan Dr Muzaffar nanti? Mampukah Dr Muzaffar memimpin satu kesinambungan untuk benar2 meletakkan Malaysia sebaris dengan USA dan Russia dalam meneroka Angkasa?

Saya lebih berbangga jika Pak Lah dengan rasa tanggungjawabnya sebagai PM Malaysia mengumumkan bahawa mulai tahun depan, rakyat Malaysia tak perlu lagi bayar tol sebab kerajaan menggunakan duit dari sumber XXX untuk membayar kesemua konsesi PLUS. Ada juga direct impact of interest kepada keseluruhan rakyat dan bukan hanya sekadar berbangga dengan pencapain yang pada USA dan Russia menggunakan penumpang Soyuz untuk membayar kos perjalanan mereka ke ISS. Banyak lagi perkara di atas bumi Malaysia yang belum selesai dan berikan prioriti kepada perkara tersebut sebelum bercita2 hendak meneroka angkasa.

aku salute keberanian dan kemahuan dia menulis. ini pula komen aku. apa komen korang...?

hehehe...negara2 yg dah hantar angkasawan mereka pun belum lg setel mslh ngr eg kemiskinan, ageing population, globalisation ngan overpopulation due to urbanisation. setiap ngr ada mslh sendiri, terpulang mana satu prioriti yg mereka nak ambil.

sy lihat program angkasawan ini sbg peluang terbuka, yang susah nak dapat memandangkan kita belum mencapai tahap spt yg awak ckp "membina platform sendiri". tapi sikap orang bijak, sentiasa mengambil peluang. lagipun, dr muszaphar memang layak- dia dah undergone training dan ujian secukupnya, dan nanti bakal diiktiraf cosmonaut negara bukan oleh msia, tp dr kerajaan rusia. jadi saya tak nampak sebab kenapa mesti kita sia-siakan peluang dan umurnya.

cuba lihat pd the positive side- semakin ramai anak muda minat dan gigih belajar sains dan matematik, msia diiktiraf dunia barat dan dunia islam, msia dianggap sbg slh satu ngr elit. dlm banyak2 ngr asia tenggara, msia brjaya mendahului even singapura dlm program angkasawan ini. dan ini mencerminkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial ngr, maka makin ramai pelabur asing akan melabur di ngr kita. taraf ekonomi bertambah baik- bukankah itu yang awak mahukan?

tentang mslh yg "diabaikan" oleh kerajaan, sy rs itu pendapat yg kurang tepat. sebab mslh spt kemiskinan, hrga barang naik tu semuanya "on going problems", yang kalau kerajaan nak selesaikan pun, bukan ambil masa sehari dua. dan kerajaan jg bukan satu-satunya pihak yang perlu berusaha ke arah mengatasi masalah tu, tp juga pihak2 lain- kita sbg rakyat kena belajar dan usaha sungguh2 tingkatkan ekonomi ngr, buktikan yg kita mampu dan layak untuk hidup senang, kamudian bantu org2 yg memerlukan. bukan setakat bergantung pd kerajaan shj. pemikiran dan mentaliti rakyat kena ubah, dan ini perlu bermula dari dasar- pendidikan di rumah, ke sekolah dan institusi pengajian tinggi serta badan-badan dan organisasi. jika mahu ubah negara, bukan kerajaan yang kena mula berubah, tp rakyat. dan jika betul2 mahu taraf hidup rakyat naik, sejauh mana kita dah berusaha ke arah itu?

cuba ambil contoh paling mudah- tahap kemalangan di msia. sebanyak mana pun ops sikap yang kerajaan buat (dan kos untuk buat ops ini saya positif semakin meningkat dr thn ke thn) adakah akan berubah kalau mentaliti dan sikap rakyat tak berubah? cuba lihat ngr maju- jepun, australia, amerika- kenapa mereka maju? kerana kerajaan mereka maju? tak- kita lihat sendiri bagaimana sialnya kerajaan bush membazirkan harta kerajaanya untuk membunuh saudara-saudara kita di palestin dan iraq, tapi mereka masih dapat hantar angkasawan mereka. kenapa? mentaliti dan sikap rakyat mereka yang gigih berusaha dan tak pernah mengharapkan kerajaan. di jepun, tak ada subsidi untuk kos perempuan mengandung sampailah pendidikan ke universiti. setiap keluarga kena fikir dan usaha sendiri mana nak cari duit untuk sara keluarga mereka. tak ada biasiswa, tak ada RMT, tak ada yayasan apa-apa, tak ada ubat free di hospital kerajaan macam di teluk intan. tapi kenapa mereka masih lebih maju dari kita? sikap dan usaha yang tak pernah kenal erti putus asa.

bila kerajaan hantar angkasawan, diharap program tu dpt injakkan mentaliti rakyat sedikit ke hadapan- fikir positif, kita sebenarnya boleh. kalau kita benar2 fikir yang kerajaan salah, jadilah kerajaan dulu dan ubahlah. tak guna menyalahkan pihak lain as if kita terbukti boleh buat lebih baik dari mereka.

sy tak fikir kerajaan "abaikan" rakyat. kerajaan sedang usaha serampang dua mata- berusaha untuk iktiraf negara di mata dunia di samping atasi masalah2 rakyat sedikit demi sedikit. dan saya rs sy tak layak untuk persoalkan tindakan kerajaan padahal sy bukan seorang yang betul2 faham mengenainya. kamu pun begitu kan?

tindakan saya- fikir positif dan jalankan tugas saya. sebaik mampu. insyaAllah.

1 comment:

. said...

just nak share la ek..dalam satu petikan daripada Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman yang mengkritik projek ini berpendapat bahawa rakyat Malaysia hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.
translationnye lbih kurang cenggini laa..kalo slah sori ek...

"Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata 'boleh'. Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka," tulis Backman.

kalo ckp cmtu xpe la lagi tapi yang xtahannye bile akhbar Australia itu menyifatkan Malaysia sebagai "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.

Ada tanggapan,(tanggapan je la) bahawa Malaysia semakin menunjukkan kebodohannya apabila membelanjakan wang sebanyak itu semata-mata untuk membuat ujikaji 'bodoh' di angkasa lepas yang telah pun dibuat oleh angsawan lain sebelumnnya.

Antara ujikaji yang disifatkan boleh menjadikan tawa negara luar yang aku bace ialah putaran gasing,putaran yoyo, catuan Strawberry,campuran minyak dan air dan kelajuan bola berbilang saiz.

"Cuba kita bayangkan. Selain ianya dilakukan sekali lagi atau menjadi bahan tawa negara maju betapa Malaysia sudah ketinggalan di dalam ilmu angkasa sehingga yoyo dan gasing pun menjadi perkara pelik untuk dibuat ujikaji," kata blog tersebut

Dilaporkan ujikaji terhadap yoyo ini telah pun dilakukan pada 12 April 1985 oleh Astronaut David Griggs manakala ujian susulannnya dilakukan oleh Astronaut Jeffery Hoffman pada 31 Julai 1992.

"Nak buat macamana, setakat kaji yoyo, mereka dah boleh digelarkan sebagai angkawasan dan saintis...tak ke kelakar namanya tu," kata surat kabo itu lagi.

haa...lbih kurang camni la translation yg aku wat...geram tu mmg geram...tp bile nak pikir ape yg org putih ni ckap ade kebenarannye...btul x??