Tuesday 23 October 2007

riang tanpa calar

aku baca blog seorang budak umurnya 14 tahun tadi. sejak mula-mula aku baca blog dia, aku rasa gembira.

latar blognya hitam dengan tulisan biru. kreatif juga budak ini. yang paling aku suka ialah bahasa dan ideanya.

bahasanya ceria, mudah difahami, mungkin kadang-kadang 'lack of depth' atau penggunaan kata kurang tepat, tapi bagi seorang yang baru 14 tahun, aku rasa ia ok.

ada ruangan tepi kanan yang dia penuhi dengan macam-macam..banner neon dengan namanya, biodata ringkas dirinya, nama kawan-kawan baiknya. dia tak membangga diri, dia riang gembira menceritakan tentang dirinya, dan dia ada kawan-kawan yang dia sayang. semasa aku sebaya umurnya, aku tak punya kawan karib. akibat pengalaman dan sikap. aku kurang beri tumpuan pada aspek sosial aku sebab pengalaman susah dan pahit membuatkan aku sepertinya tak ada masa untuk berkawan. dan sekarang, bila aku punya kawan-kawan baik dan orang-orang yang aku sayang, aku rasa sangat bersyukur dan gembira. dan bila aku lihat budak ini punya kawan-kawan yang dia sayang, aku gembira bagi pihaknya. tentu dia takkan rasa sunyi sepertimana yang aku rasa. pasti dia tak perlu menangis seorangan sepertimana aku dahulu. pastinya dia tak perlu bersusah-payah berusaha gila-gila untuk dapatkan apa yang dia mahu supaya dia tak rasa sedih kalau gagal mendapatkannya.

idea tulisan budak ini sederhana, tapi sensitif dan matang. tulisannya pendek-pendek saja, maka kupasannya cetek, tapi perkataan-perkataan yang dia gunakan melambangkan yang dia telah berfikir mengenainya 'to some extent'. kiranya dia bukan menulisnya sekadar melepaskan perasaan atau sekadar menulis akibat kebosanan. ideanya ada isi, tapi sebab dia kurang pengalaman makanya masih banyak yang perlu dan boleh dibaiki. ramai budak yang aku jumpa tulisannya seperti ayat 'marah-marah' dan tak puas hati (orang tua pun, aku pun, kadang-kadang, heheh), bukan sahaja tak matang malah kosong. lepas tu asyik menulis tentang boyfriend, tentang siapa paling cute, tulisan bermacam-macam font, warna dan corak, seperti hiasan dinding sahaja lagaknya. tapi tak ada isi yang boleh buatkan pembacanya berfikir. tak ada ruang di mana pembaca dan penulis boleh bersatu dalam medium dan frekuensi yang sama untuk berkomunikasi.

dia berani menulis, bahasanya tajam walaupun kurang tepat. aspek ini insyaAllah boleh dibaiki dengan pengalaman. walaupun masih muda, dia faham kepentingan 'menjadi diri sendiri' dan 'menghargai agama, orang-orang kesayangan bahkan kucing peliharaannya'. aku fikir ibu bapanya telah mendidik dia dengan baik. setiap kali dia punya soalan, ibu bapanya telah menjawab dengan logik beserta contoh dan berjaya membuatkannya berfikir tentangnya.

dia bertuah. ada ibu bapa yang bertanggungjawab dan berjaya 'instill' elemen-elemen baik dalam dirinya. aku doakan dia membesar tanpa calar dan sentiasa gembira, positif, tak pernah putus asa, belajar untuk kenal dunia dan bagaimana untuk hadapinya, di samping orang-orang yang dia sayang yang sentiasa bersama-sama dia sejak kecil. aku membesar 'in a hard way' dan dah banyak kali aku luka. dan Allah selalu ada di situ untuk mengubati aku, tapi aku pernah rasa sakit dan aku sangat faham bagaimana rasanya. melihat seorang tua di tepi jalan sahaja sudah cukup untuk mengubah mood aku, dan aku perlu 'counter attack' perasaan itu secara sedar. budak ini sentiasa riang dan gembira, dia percaya setiap masalah pasti ada jalan keluar, dia tak pernah menukut seorangan dalam gelap dan melihat orang lalu tanpa seorang pun peduli akannya. sebab dia sentiasa ada keluarga dan rakan-rakan rapat, yang sentiasa memimpinnya bila mana dia hampir terjatuh.

tapi itu tak bermakna dia tak boleh faham perasaan orang lain. maksud aku, dia sangat bertuah sebab dia tak perlu rasa sakit untuk faham bagaimana sakitnya perasaan itu. dan aku bersyukur pada Dia bagi pihaknya. aku berdoa, biarlah ramai lagi adik-adik dan anak-anak aku yang tak perlu rasa begitu.

dan aku juga suka bersama dengan orang-orang begini. sebab mereka selalu ada cara untuk buat aku senyum. seperti yang aku rasa dengan narutoku.

cumanya, naruto aku dah semakin diam dan tak begitu banyak bercakap seperti dahulu. aku rasa, dia dah 'grow up' sedikit. menjadi semakin matang dan lebih banyak berfikir. berusaha dengan semakin gigih terutamanya bila musim peperiksaan. ada beberapa peristiwa menyakitkan yang telah membuatkan dia sedar, hidup bukanlah terlalu ringkas kadang-kadang. narutoku dah besar...

tapi lawak dia, perangai sensitif dia, sikap kebudak-budakan dia, lagu dia- masih macam dulu, tak berubah! bertuah punya manusia...hishhhh! (hehehe...habis aku kalau dia tahu ini)

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..sekadar nak menapak sekejap ke blog ko...entah kenapa ari nie jari2 aku gatal nak tinggal kan sesuatu kat blog ko..ko apa kabo?..sihat?..lama x dengar cte..aku taw kisah ko pun dr blog nie..seronok baca apa yg ko nukilkan..hehehe..owh..one more thing,aku nex wek exam..plz pray for me!!...itu je kot..apa2 pun god luck in wat ever u do..salam

akira said...

waalaikumussalaam...yo! best of luck untuk exam nanti ;-) yeopmi boleh! hehe

n maceh for the doa as well. take care eh fren ;)