Monday 22 October 2007

kerana cintaku saerah???

adik aku kata cerita "kerana cintaku saerah" best, sebab sedih. dia suka lagu yang imran ajmain nyanyikan tajuknya 'seribu tahun' tu.

maka aku pun cepat-cepat cari di youtube. seperti mana biasa, library terbesar dunia ni sentiasa ada jawapan untuk hampir semua benda (aku cari translation lagu 'kuroneko no tango' belum jumpa lagi ok. aku kena pandai jepun sebelum boleh translate sendiri. nanti by the time aku dah pandai dan masih tak ada translation untuk lagu tu di internet, aku akan letak. insyaAllah.)

da.ke.do.- aku tak suka cerita tu. latar kampung, pemikiran kampung, tema kampung, langsung tak akademik. melayu ni malas sungguh ya nak mengkaji sejarah dan menyampaikan pemikiran positif. kalau macam ni bila nak maju? sudah-sudahlah buat cerita cinta sedih macam tu, macamlah kita tak ada Tuhan. baik lagi cerita naruto yang dihasilkan oleh orang jepun tu. aku banyak belajar dari cerita tu, mengajar aku jangan sekali-kali putus asa dan kalau kita betul-betul percaya, tak ada apa yang mustahil.

cinta macam tu bukan segala-galanya. setakat jadi bapa dan mak kambing..alahai kasihan. kasihan adik-adik aku. kasihan kawan-kawan aku. ubahlah, usah buat cerita-cerita hopeless macam tu. kamu nak lagi ramai warga malaysia sambung belajar di luar negara kan? kamu mahu lebih ramai orang di malaysia yang kaya-raya kan? kamu mahu lebih ramai orang malaysia yang bijak berfikir, jadi pereka cipta pemacu teknologi dan jadi pakar segala bidang kan? kamu mahu lebih ramai angkasawan buat kajian sampai kita mampu hantar kepakaran yang diiktiraf dunia dan tak ada siapa pun boleh perlekehkan kan? kamu mahu umat yang maju kan? kamu mahu jadi orang yang dirujuk bukan yang merujuk, kan? kamu mahu anak-anak sihat, cergas, pandai dan berakhlak mulia, kan?

baik.

mana 1 litre of tears malaysia?
mana naruto malaysia?
mana forrest gump malaysia?
mana good will hunting malaysia?
mana love story in harvard malaysia?
etc..

(nota: bukan meniru, tapi kaji, tapis, cari sumber dan maklumat, gali, reevaluate, tafsir, sampaikan)

beritahu aku, apa yang mahu kamu semua buktikan melalui cerita-cerita itu? yang Tuhan tu suka yang sedih-sedih? kita selalu doa "allahumma inna na'uzubika minal hammi wal HAZAN" (Tuhan, jauhi kami dari rasa gelisah dan SEDIH) maka kenapa suka buat cerita sedih? sangat suka ya ramai orang malaysia yang sedih dan miskin? bukan setakat miskin harta bahkan jiwa dan akal. kasihan sungguh rakyat malaysia.

padahal, kita berada di sini bukan hanya untuk mati tapi juga untuk hidup.

p/s: entah bila aku BOLEH mencintai produk visual penerbitan malaysia. jangan fikir aku akan bosan menunggu. ;-) aku positif. kita boleh. sebab Tuhan itu adil.

No comments: