Monday 8 October 2007

ya, aku sangat sayang kamu

manusia selalu jatuh cinta.

tapi tak ramai yang mahu mengaku.

manusia selalu menyayangi.

tapi tak ramai yang mahu tunjuk.

ada yang kata sebab mereka takut, cinta mereka tak dibalas.
ada yang tak mahu suspen dan magik cinta itu hilang selepas mereka meluahkan rasa sayang.
ada yang ego dan tidak mahu mengaku, sebenarnya dia juga sayang pada orang yang sayang padanya- bila diberi cinta, dia jarang mahu membalas.
ada yang dipisahkan oleh umur, ada yang dipisahkan oleh jarak, ada yang dipisahkan oleh ideologi dan kepercayaan.
ada juga yang merasa dia bersalah sebab mencintai.

aku telah belajar melalui seseorang, yang mencintai itu tidak salah. jika betul-betul jujur, maka mengakulah yang kita memang sudah jatuh cinta. dan lahirkanlah.

kadang-kadang, bila ibu belikan sesuatu yang kita suka, kita amat gembira, tapi kita tak pula peluk cium dia. selalu kaum ayah, bila lihat keputusan cemerlang anaknya, hanya sekadar melihat dan jarang sekali dipuji. pernah juga bila adik kita belikan hadiah hari jadi kita berupa sebatang pen parker dari duit yang dia simpan selama sebulan, walaupun hati kita sebak tapi kita jarang menangis. jarang sekali kita pandang muka orang-orang yang kita sayang, tatap lama-lama, renung dalam-dalam dan cakap dengan air mata menitis, yang kita memang sayang mereka.

tak ramai yang berjaya buat benda ini. sebab pengalaman ajar kita makna pahit. pengalaman ajar kita jadi kuat dan jangan menangis. sampai kita fikir, mencintai seseorang adalah suatu kelemahan. menangis sebab orang lain adalah sesuatu yang kebudak-budakan, yang tak macho.

fikirlah, nabi sebelum wafat, menangis sebab sayangkan umatnya. fikirlah, nabi sendiri mengaku dia rindu pada kita yang hina ini.

cinta tak pernah salah. dan cinta tak patut dirahsiakan. nabi sendiri tepuk bahu muaz suatu hari sambil kata, 'tahukah muaz, aku sayang kamu.' dan senyum pada muaz. bayangkan orang-orang yang kita sangat sayang, ucapkan begini pada kita. alangkah syahdu. rasa diri ini dihargai, disayangi, diambil berat. kehadiran kita di dunia ini ada erti, punya makna. kita tak hidup sia-sia, sebab kita ada orang-orang yang kita sayang. dan kalau boleh, kita mahu sama-sama dengan mereka sampai ke syurga nanti.

dan, selepas kita tahu orang-orang yang kita sayang adalah juga orang-orang yang sayang kita, biarlah dipisah 7 lautan, dijarakkan 7 benua pun, kita tetap dekat. dan bersama-sama.

cuma syaratnya, cinta itu hadir bukan atas faktor nafsu atau material. tapi kerana kita sejiwa, kita saling memahami, kita saling menyayangi. dalam keadaan apa pun- sedih, marah, gembira, sakit, sihat, sejuk, kaya dan miskin.

dan melalui orang-orang kesayangan kita itu, kita tahu yang.

Tuhan sayang kita. Dia sangat-sangat sayang. maka tiada sebab untuk kita berasa lemah. tak ada sebab kenapa kita harus putus asa.

beritahulah pada orang-orang kesayangan kita, yang kita sayang mereka, dan mahu mereka jaga diri baik-baik.


tengok, Dia sayang kita ;)



Warau kao mo okaru kao mo subete
Boku wo arukaseru

Your smiling faces, your angry faces, everything
Keeps me walking on

p/s: selamat hari raya ;) maaf salah silap, halalkan makan minum, terima kasih..

3 comments:

Anonymous said...

sayang kamu juga adikku. semoga sentiasa berada dlm kehangatan iman k ^_^

taktau plak aqilah ada blog. i have one too tp takde sape tau. its VERY VERY discrete like a diary. i don plan to tell anyone. haha.. i just like writing. dats all. tgk la.. satu hari nnti akan ku delete jugak.

aRie said...

huu. suke entry nih. cinta itu penting. dgn cinta, we complete each other. ;)
syg fillah dr sye~

mostlyepiphanies said...

a commendable entry.I must say.Keep up the great work!