Tuesday 9 October 2007

dan tiba-tiba aku berasa sedih

tadi aku terfikirkan sesuatu.

kenapa, perlu Dia wujudkan kisah abi talib?
kenapa abi talib perlu mati sedemikian rupa?
kenapa perlu ada kisah sesedih itu, buat kekasihNya?
kenapa mesti jibril tepis tangan nabi sayang untuk halang nabi beri syafaat?
benarkah, tiada harapan lagi buat abi talib?
buat seorang manusia kesayangan nabi dah tak ada harapan lagi?

selalunya dulu-dulu, bila mana aku ada soalan, aku akan segera tanya abang. tapi selepas abang kata dia mahu aku berfikir sendiri dan dia tak balas lagi mesej-mesej aku, aku akan membayangkan aku bertanya pada dia dan dia pula menjawab pertanyaanku.

dan kali ini, aku seperti mendengar abang berkata kepadaku:
kisah abi talib wujud sebab Dia mahu beritahu, Dialah yang pegang hidayah. kalau Dia tak bagi, maka tak adalah. sebabnya Dia sahaja yang tahu. dan Dia juga mahu beritahu, kita kena jaga hidayah yang kita dah dapat ni baik-baik. sebab islam adalah syarat pertama dalam apa jua pemilihan pun. dunia dan akhirat. orang yang tak islam, maksudnya dia tak percaya. orang yang tak percaya takkan sama dengan orang yang percaya. sebab percaya adalah basic.

aku tak sekuat nabi. aku tak tahu sama ada aku sanggup menghadap orang yang aku sayang tak diberi hidayah olehNya. syukur pada Dia, orang-orang kesayanganku setakat ni semuanya orang islam.

aku akan terhenti tanpa harapan. harapanlah yang membuatkan aku kekal terus. bila aku fikirkan tentang abi talib yang tiada harapan masuk syurga, aku jadi sangat sedih. sebab dia orang baik, dia orang kesayangan nabi. membuatkan aku sedar, syarat harapan juga ialah islam. tanpa islam, harapan tak punya makna. sebab betapa banyak harapan di dunia, tak terjamin harapan di akhirat tanpa islam.

itu juga buat aku sedar, aku mahu ramai orang masuk islam. sebab aku mahu semua orang hidup dengan harapan dan mati dengan harapan. aku tak mahu mati jadi pemutus harapan, sebagaimana aku mengharap akan berjumpa abah dan aqil satu hari nanti walaupun mereka dah pergi dulu. sebab kami orang islam dan Allah adalah Tuhan yang maha penyayang, Dia ampunkan semua dosa.

ya, kecuali syirik.

Allah, islam ini sangat besar ertinya buatMu, kan? islam ni amat besar ertinya buat kami, kan? sebab tanpa islam maksudnya tanpa Engkau, dan itu adalah penipuan paling besar.

Dia hanya mahu kita jadi jujur. itu sebab antara banyak-banyak nama, kekasihNya dipanggil al-amin. bukan al-bijaksana atau al-kaya atau al-pemurah. tapi al-amin.

maksudnya, yang tak pernah menipu. yang selalu jujur.

Tuhan, sejujurnya aku sedih dengan kisah abi talib. tapi, aku bersyukur- aku sudah ada islam. dan sebab itu, aku takkan putus asa dari harapan. aku takkan berhenti dari mengharapkan rahmatMu. dan dengan itu, aku terus.

Tuhan, ampuni aku. ampuni kami. ameen

No comments: