Friday 22 February 2008

beberapa points

lama aku tak menulis.

so.

1. beberapa hari lepas time basuh beg dan baju aku tersedar sesuatu. aku rasa aku dah faham apa maksud albert einstein bila dia kata "make everything as simple as possible, but not simpler." ayat ni haunted aku dah lama, first time aku baca kat kulit belakang buku physics mufy aku.

analoginya macam ni: dalam gebuk shower, ada sabun mandi. aku membuat kerja membasuh dalam gebuk shower tu, sebab tu je tempat aku boleh berbasah-basah dengan sesuka hati aku. serbuk pencuci pulak ada dalam almari bilik air. aku nak 'everything to be as simple as possible', so aku malas nak amek serbuk pencuci dalam almari. instead aku guna sabun mandi yang dah sedia ada dalam gebuk shower dan membasuh dengan riang gembiranya.

tapi, kalau aku 'make things simpler', aku basuh jugak baju dan beg aku tapi aku tak guna sabun langsung. sebabnya masih sama- aku malas nak amek serbuk pencuci dalam almari. aku tetap buat kerja membasuh, tapi aku tak guna sabun. kiranya, einstein suruh kita 'at least guna laa sabun walaupun malas gilak' daripada 'tak guna sabun langsung'.

em. tu, dari apa yang aku faham.

2. malam tu sejuk. aku berkelubung dalam quilt dan baring menghadap dinding putih bilik aku. ironinya aku fikir macam-macam. tapi semuanya yang bukan-bukan. kemudian aku tersedar 'ahh...aku buat benda bodoh bila aku sejuk rupanya.' dan bila aku recalled, salah satu keputusan bodoh paling bangang aku pernah buat ialah ketika aku sejuk sangat. sejuk sangat-sangat lepas main salji kat mount buller. aku berfikir dengan sangat laju, sangat dalam, tapi semuanya salah.

in contrast dengan time cuaca panas yang ekstrim, aku berfikir dengan lambat, selalu macam hilang arah, tapi kebanyakannya masih betul.

kesimpulannya- aku lebih tahan panas dari sejuk.

3. selamat menyambut hari jumaat ;-) dah seminggu. umaiwa, doko ka?

2 comments:

mostlyepiphanies said...

aqilah!Aku baru sampai aussie and aku takde internet!!!And oh,aku ade sebut yang aku takde rumah?

Selamat hari jumaat!

akira said...

o-oh, selamat hr jumaat, aijud.

ehemm. mula2 sy nak cakap "aijudd...selamat pulanggg!!" tapi lepas baca tulisan kamu saya seperti nak cakap "aijud, jangan pulangg!" tapi nnt kalau kamu betul2 x pulang petronas akan susahkan kamu.

maka saya rs sy hny boleh cakap "aijud...selamat datangg" dengan muka yang sangat simpati.

chaiyok2 aijud! :D