Wednesday 6 February 2008

single and available

lebih kurang pukul 5 petang tadi, aku yang masih di tempat lepak biasa memandang ke luar. selalu bila aku toleh ke awan dan langit, aku kecil dan sepetkan mata aku. macam budak yang berlakon dalam cerita titanic tu, ketika dia tolehkan muka comelnya ke arah kapal titanic yang bagak dengan wajahnya yang penuh ketakjuban. aah, macam tu lah.

dan aku lihat awan hitam besar berkumpul dan berarak ke bahagian timur. sedikit-sedikit bergerak sambil menutup dan memayungi kawasan sekeliling apartmen aku. perlahan-lahan mendasari langit, menyusup macam selimut yang ditarik sedikit-sedikit.

ahh. kadang-kadang menakutkan. mengingatkan aku pada kiamat.

kalau ikut weather forecast, hujan esok. bukan hari ini. mungkin mendung saja. agaknya.

tapi kemudian. hujan turun dengan lebat. cukup lebat dan drastik. tompok besar-besar jadi penghias lantai laluan apartmen aku dan di jalan-jalan. dan aku menghembus nafas lega.

ahh. ame ga suki dai. aku menarik nafas panjang-panjang dan senyum. dan seperti selalu bila aku dekatkan muka aku ke tingkap yang terbuka. aku mencium bau hujan yang tersangat wangi.

kadang-kadang. eh bukan. selalu. aku berfikir. atas apa aku berdiri.

sesuatu yang amat menyenangkan aku seperti hujan, mengingatkan aku pada mereka yang penting bagi aku. dan banyak kali aku berfikir. atas dasar apakah mereka itu penting. penting sehinggakan aku luka kerananya, penting sehinggakan aku menangis untuknya, penting sehinggakan aku berjuang untuknya.

dan juga.

sepatutnya kah aku sakit kerananya? sampai bila akan aku diperlukan di sini? apa akan aku buat, ketika aku sudah tidak diperlukan lagi?

should i, or should i not? should i stay, or should i go?

kesakitan ini membuatkan aku rasa seperti mahu serik. sehingga tangan aku menggigil ketika menjawab panggilannya. sehingga aku mimpi buruk akibat berjauhan dengannya. sehingga aku menangis bila merisaukannya.

tapi mendengar suaramu, melihat wajah bersihmu, melihat tulisanmu, dan mengetahui kamu sihat. sekali lagi.

sudah cukup membahagiakan aku. walaupun aku masih, dan belum mampu, beritahu betapa aku sayangkanmu.

hujan sudah berhenti. awan mula berkepul-kepul dan cahaya matahari semakin terang. burung bersiulan dan trafik kembali lancar. angin menyisir daun-daun dan menyanyi lagi.

semua yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya, kan? then, i shall stay.

iya, jalan kita masih jauh. jom, kita pandang ke depan.

No comments: