Sunday 6 May 2007

masa

sebelum itu
wajar sebagai peringatan
bahawa aku sememangnya belum matang...



usah kau meminta kesempatan pada masa
tapi mintalah kepada si Pemilik masa

masa itu sendiri suatu misteri
apatah lagi pemiliknya
usah kau memaksa
minta dipercepatkan sesuatu
si Pemilik masa jua yang akan menentukan
bila tibanya segala sesuatu
berharaplah pada Dia yang menentukan
kerana Dia ada yang terbaik
dan memberikan yang terbaik
setiap dariNya adalah sesungguhnya
yang terbaik jua
bila masa yang sesuai
pasti ia akan tiba

usah menyombong dengan masa
segala yang telah kau capai selama ini
adalah izinNya jua,
si Pemilik masa
bergeraklah seiring dengan masa-
kadang-kadang kau tak terasa ia berlalu
dan kadang-kadang kau menunggu terlalu lama
asalkan kau bergantung pada Tuhanmu
dan bermujahadah kepadaNya
serta berusaha semampumu
dan berserah padaNya
insyaAllah
doanya dan doaku mengiringi langkah-langkahmu

contohilah masa
berlalunya tenang sekali
tapi ingatlah
kadang-kadang dalam sesingkatnya masa
apa-apa jua boleh berlaku
sungguh
tiada apa yang dapat lari
dari ketentuan Pemiliknya

masa
kau dan aku
hambaNya jua

No comments: