Thursday 31 May 2007

apa yang penting, mana satu prioriti

tadi, kak baie bentangkan buku 'fiqh alawwaliyyat' karangan dr yusuf qardhawi. tentang mana satu yang lebih utama dalam islam, dan perbandingannya dengan pemahaman melalui tindakan umat islam hari ini.

senario 1: daripada berjuta-juta orang yang buat haji setiap tahun, hanya 15% daripadanya yang pergi haji buat pertama kali. padahal, duit yang digunakan untuk haji kali kedua dan ketiga itu lebih patut untuk diguna buat membela orang islam yang tertindas di palestin sekarang ataupun membiayai pengajian seorang anak yatim sehingga berjaya.

senario 2: ramai pelajar-pelajar cemerlang islam yang sedang mendalami ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti sains, perundangan, pertanian, akaun etc di universiti meninggalkan kuliah dan bidang mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang dakwah dan tabligh, padahal ilmu-ilmu fadhu kifayah itu sangat penting untuk pembangunan ummat islam.

senario 3: ramai anak-anak yang kuat agama melayan kasar ibu bapa dan saudara mereka kerana ibu bapa dan saudara mereka tidak taat dan patuh pada agama, padahal Allah suruh melayan ibu bapa dengan baik walaupun ibu bapa itu menyuruh anak-anak musyrik dan saudara patut lebih dicintai dari diri sendiri.

senario 4: ramai yang suka berdebat hal-hal juzu'iyyah dan khilafiyyah (perkara-perkara kecil dalam islam) daripada membincangkan masalah yang lebih besar contohnya bagaimana nak menyelesaikan masalah remaja, bagaimana nak bangunkan semula sistem khilafah, bagaimana nak mantapkan akidah ummat etc

senario 5: ramai yang akan menderma untuk membina masjid padahal masjid dah banyak, tapi tak ramai yang bersungguh-sungguh dan sudi menyumbang untuk membela nasib adik-adik, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan kawan-kawan di palestin, iraq dan somalia padahal dalam islam aspek nyawa adalah aspek paling penting yang perlu diambil kira dan mesti paling dipelihara. tapi masyarakat islam di seluruh dunia sekarang lebih selesa, 'approve' dan 'acknowledge' pembangunan batu-bata dan materialistik berbanding pembinaan insan. masjid dah berlambak- yang kosong.

sebelum tu, ada dikupas subtopik tentang ummat islam yang meletakkan prioriti lebih tinggi kepada pembangunan fizikal berbanding pembangunan akal dan iman.

senario 1: dalam masyarakat sekarang, lebih banyak perhatian ditumpukan kepada aspek seni dan hiburan berbanding pembinaan iman dan ketajaman akal. ramai yang sanggup berhabis duit dan masa untuk rancangan-rancangan hiburan berbanding meluangkan masa untuk perkara-perkara ilmiah. ramai yang lebih suka berdebat tentang artis mana akan menang pertandingan akhir akademi fantasia atau malaysian idol atau world idol berbanding dengan bagaimana nak mengelak masalah kemalangan jalan raya yang semakin meningkat. sampaikan orang-orang besar negara pun punya masa untuk beri pendapat mengenai artis-artis. sepertinya malaysia (contoh paling sesuai tentulah negara sendiri walau aku di rantau orang) tak punya masalah lebih besar daripada rosma peserta AF terkeluar daripada senarai akhir, padahal adik-adik aku di palestin ramai sudah yang syahid dan pada masa yang sama mereka menangis ketakutan sebelum ditembak, aku di sini menangis sebab rosma seperti sudah dicabuli hak dan bakatnya sebagai penyanyi berpotensi bermasa depan cerah. sepertinya itu sahaja yang layak difikirkan oleh ummat islam di malaysia sekarang. mulia ummat islam dengan islam, dan bila mana ummat islam itu memilih selain dari islam, maka kemuliaannya jatuh ke tahap yang sehina-hinanya, lebih hina daripada binatang dan orang kafir. amat berpadanan dengan keadaan ummah sekarang secara global.

senario 2: walaupun bertujuan menajamkan akal, tapi pada hal-hal yang salah. kuiz itu baik tapi mana baiknya kalau kuiz itu tentang artis. banyak rancangan-rancangan tv dan media lain yang salahgunakan peranan mereka mengaut untung dari golongan yang cetek akalnya. golongan-golongan cetek akal ini lebih suka dan selesa menajamkan akal mereka pada hal-hal yang tak patut, tak produktif dan tak selaras dalam islam.

senario 3: lebih kepada pembangunan fizikal daripada pembinaan akal fikiran. bersukan itu baik; banyak kelab dan persatuan yang agendanya setiap petang ialah beriadah untuk menyihatkan badan, tapi tidak meletakkan prioriti lebih tinggi kepada aspek menajamkan akal fikiran melalui perkongsian ilmu pengetahuan yang membina. petang-petang main bola tapi nak berbincang pasal masalah rogol yang semakin berleluasa, masalah rasuah dan isu murtad amatlah kurang; boleh dikatakan di kalangan anak-anak muda tak ada langsung. kalau ambil contoh orang yang kuat bersukan tapi ambil dadah akibat akal cetek dengan orang cacat tapi berjaya ke universiti, mana yang lebih baik?

tiada yang 100% salah dan 100% betul dalam hal ini. melakukan sebahagian darinya tak bermaksud meninggalkan yang selebihnya. keyword di sini, ialah "prioriti".

No comments: