Wednesday 23 May 2007

hidup macam roda berputar

ni aku nak pesan kat sume.
usah buat jahat dengan orang lain. jangan sakitkan hati orang padahal orang tu tak kaco awak pun, tak pernah ganggu hidup awak pun.
usahlah, usah.
sebab Allah tu ada. Dia nampak semuanya.
hari ni kita buat kat orang, esok orang lain yang kita tak sangka-sangka buat kat kita.
kan Allah tu maha 'Adil.
usah buli budak-budak kat asrama,
usah kenakan kawan-kawan,
usah suka gaduh-gaduh,
usah suka sakitkan hati kawan,
usah sombong dengan kawan yang 'kurang' dari kita,
usah niat baik tapi cara salah sampai affect orang lain,
usah putar-belit keadaan semata-mata nak selamatkan diri,
usah suka hati memandai mandai buat anak orang macam hamba dia,
usah mintak benda-benda tak patut-patut.
kang Allah balas punya, setimpaaaaaaaaallllllll...
bila dah kena nanti, rasakan laa...
tapi yang penting, amek pengajaran...taubat, ingat Allah selalu. nak dapat ketenangan.
dunia ni bukan kita yang punya, tapi Allah yang punya. sebaik-baik Nabi pun tak pernah cakap dunia ni milik dia.
ishhh...ishh...

p/s: aku nak mintak maaf kat semua yang kenal aku...kalau aku tak sempat jumpa semua orang, harap-harapnya sesiapa yang baca apa aku tulis ni dapat sampaikan pada orang-orang yang aku kenal dengan pesan, aku nak minta maaf banyak-banyak...halalkan makan minum somma...siapa tahu esok hari siapa???

2 comments:

whilewhiting said...

hmm.. kenape tulis post ni? ada samting bothering ur mind? oh well, soory la if dalam masa kita berkawan ni, aku penah wat mende yg ko x suke.

it's magic kan the word sorry. for me, if someone said sorry too me, i find it reallly hard to be angry anymore. although as much as i want to be angry, the word sorry from that person would shield my anger from going out of my head.

*usah suka hati memandai-mandai buat anak orang macam hamba dia,, this is reeaaally interesting. i do think people should be more emphathatic about certain things.

if we dont want have someone hurt with our doings, or feel burdened by us, or maybe, prevent us to have expectation in which may be a burden to that other person, it's better for us to keep a distance. right?i think so.

rukiah mahmood dan anak-anak said...

ehehehehe.....
aku hanya bercakap berdasarkan pengalaman. apa yang dah aku rasa. what goes round comes round...

baiknye ana nie. orang cakap sorry je ko dah boleh maafkan. aku baru belajar benda tu. mungkin hidup yatim aku membuatkan aku sangat skeptikal menerima maaf dari orang yang kat dasar hati aku rasa maafnya berlapik. aku jenis yang tak akan mintak maaf selagi aku tak rasa aku salah. dan aku rase (ni AKU rase hehe) sesape pun tak patut mintak maaf selagi dia tak betul2 jelas akan salah dia. maaf itu patut rasa di hati. entahlah ana, aku dah banyak kali sangat tertipu dengan bahasa indah sampai aku jadi anti. nak cakap apa2 pun, bagi aku, biar direct dan straighforward. pepahammmm sendiriiii...

"if we dont want have someone hurt with our doings, or feel burdened by us, or maybe, prevent us to have expectation in which may be a burden to that other person, it's better for us to keep a distance. right?i think so."

hehe. u tink so? i feel and strongly think so. neway, ana, kita somma masih budak2 kecik yang tak matang ubun lembik belum ditimpa ujian yang membawa kepada mati, maka mana mungkin kita betul2 dapat pasti pengakhiran kita? kita hanya akan tahu sama ada kita betul atau salah, bila di akhirat kelak. saat hadap Allah nanti. sementara menunggu masa tu, jalankan tugas kita- SAMPAIKAN islam bukan PENGARUH orang lain atas nama ISLAM. dalam quran (ya Allah aku sangat cetek akal dalam mentafsir ayat-ayatMu maka perbetulkanlah aku jika aku salah) Allah pesan "kamu hanya penyampai" dalam surah alghasyiah. dan dalam banyak2 ayat pun, Allah suruh SAMPAIKAN islam bukan PENGARUH org lain ke arah islam. besar bezanya dua-dua tu. nak ajak orang ke arah islam tak perlu magik, tak perlu bahasa lentik-lentik, tak perlu paksa-paksa. islam itu sendiri sudah cukup indah. indah dengan KESEDERHANAANnya. dan setelah kita sampaikan, terpulanglah pada orang tu nak amalkan ke tak. usah samakan semua orang dengan kita, dengan fikir yang semua orang patut fikir sebagaimana kita fikir. itu salah.

tujuan aku tulis somma ni ialah supaya bila org len baca, sesape yg ada dalil kuat boleh tolak points aku sambil doakan pada Allah supaya bg ak petunjuk jika aku salah...jd kali ak salah sila tegur...