Wednesday 30 May 2007

kuaci berperisa


kuaci rangup dari asian groceries di kampus uniku. sebelum makan nampak sedikit. tapi bila isinya dah dibuka banyak pula kulitnya sampai meninggi bukit kulit hampas kuaci.

mula-mula kuseluk tangan ke dalam plastik bungkusan kuaci, kukeluarkan segenggam. kutimbunkan sekali atas tisu, kemudian kukopek satu-satu. macam gaya mama. mama suka makan kuaci satu-satu. dulu aku tidak begitu. aku suka buka kuaci banyak-banyak sekali kemudian makan banyak-banyak sekali. bagiku lebih nikmat.

tapi sekarang aku buka satu-satu dan kumakan satu-satu.

ada yang kubuka, isinya manis.
ada juga yang isinya tawar.
ada yang sudah hitam dan rosak.
ada yang kulit aje besar gabak tapi isinya kiut-miut.
ada yang kulitnya nipis tapi isinya lemak gebu dan memenuhi kulit. aku makan pun puas. sampai lupa dunia.
ada yang kulitnya keras, nak buka pun susah, tapi isinya halus kecil. macam tak berbaloi pula rasanya.
ada tu pula isinya besar tapi tawar.
ada yang kulitnya besar, tapi bila kubuka eh, isinya tak ada! mana perginya??? terasa macam kena tipu pulak.
ada yang rangup, ada yang macam dah lemau.

setiap kuaci punya kisah tersendiri.
begitulah juga dengan kehidupan kita. setiap dugaan itu rezeki juga. dengan kepayahan Allah datangkan kemudahan. dengan ujian Allah turunkan rahmat. habis dugaan, habislah rezekinya. habis rezekinya, berakhir jugalah hidupnya. errk...astaghfirullah.


buat selingan: ahlan wasahlan safiyyah nuha (lahir pada 29052007). selamat memamah kuaci-kuaci kehidupan.

kuaci terus kumamah satu persatu. eh, ada siapa-siapa tahu kandungan lemak dalam kuaci???

6 comments:

mostlyepiphanies said...

sukanya daku pada analogy kuaci itu!!!

Boleh buat iklan petronas lah barangkali.

p/s:Kuaci menggemukkan!!Nyam nyam nyam

rukiah mahmood dan anak-anak said...

aijud,
ko jd kuaci, aku si pemakan, mau enggak???
nyam nyam
kalau ko jd kuaci, menggemukkan pun tak apa.
janji bukan menggemukkan aku.
hehehe

whilewhiting said...

aqilah, kenape banyak sangat post dlm satu mase ni? akoo yg jarang bukak komputer ke, ko yg rajin hamlau ni?? sorry la ye.. akoo buzy exam. nnti lepas exam akoo bace. ngehngehngeh... huhu
(dlm hati, banyak tull mase pompuan nih.... huhuh jelesnyaaaa)

rukiah mahmood dan anak-anak said...

ini bukan soal banyak masa ataupun rajin tulis. dah idea tu datang masa tu, kalau aku tangguh tulis aku akan lupa. nak taknak aku tulislah jugak. =)

p/s: taknak menghalau ilham.

whilewhiting said...

hmm... akoo selalu halau ilham... hahaha.. ime nak tulis, x tau ape nk ckp. tapi biler time buzy tu, belambak lak idea. xpela. lepas priksa la.heeeeee. bagus2!(ape akoo nk ckp sbnrnye nih........)

Anonymous said...

Salam perkenalan.

Asyik membaca pasal kupik kuaci.. hehehe... menyeronokkan. Saya dulu pun penggemarkan kuaci. Tak sangka kuaci pun boleh jadi sumber ilham yang sukar dijangkau. Alhamdulillah dengan akal fikiran yang Allah kurniakan kepada hambaNya.

Tetapi saya pernah terbaca tentang artikel kuaci yang semasa dimasak, menggunakan tulang khirzir. Masya-Allah. Moga kuaci yang saudari makan tidak tergolong di dalam kuaci tersebut. Kalau betul, marilah kita saling ingat mengingati dan bermuhasabah diri.


Sekian.