Tuesday 29 May 2007

mana Tuhan???


mesejku pada ustaz:
"sedang sakit hati memerhatikan gelagat budak melayu di perantauan. angkuhnya berjalan atas muka bumi Allah ini. tak ada segan silu duduk berdua-duaan berkongsi minuman dan berjalan bersama. ada yang semalam bertudung pendek tapi hari ini dengan senyuman menayang rambutnya, macamlah rambutnya seorang sahaja yang lurus. tapi kenakan baju kurung. konon-kononnya tudung pendek baju seluar ketat boleh gantikan baju kurung dan free hair. aduh. ganggu konsentrasi betul. syukur diorang dah berlalu, kalau tak naya adik tak boleh stadi. nampaknya bagi diorang Tuhan di malaysia dengan Tuhan di australia ni tak sama agaknya (ataupun memang bagi mereka Tuhan tak kisah sepertinya aiman). masa usha friendster semalam pun sama. budak-budak exsemestian, junior-junior adik. wah wah wah keluar sekolah nampaknya semua orang dah maju bab-bab macam ni. tangkap gambar berdua-duaan, free hair, mesej yang jiwang-jiwang. baru keluar sekolah dah nak kawen! nak tergelak betullah. haih. risaukan diri sendiri dan adik-adik kat rumah."

adakah perlu aku lontar kata-kata pedas pada mereka bagi sedar sedikit?
atau seharusnya aku berdiam diri sahaja?
redhakan saja?
atau cukup sekadar mengambil pengajaran? didik diri sendiri?
ya, diriku juga belum berapa mantap. mengapa pula harus aku lilaurisaukan tepi kain orang? uh.uh-uh.

aku terus kunyah drama-drama pendek yang pahit-pahit belaka sejak semalam.
tak apa, pahit kan ubat.
tapi pahit tu rasa. rasa pula tak dapat kubuang ke tepi.
makanya kerjaku tertangguh lagi. sebenarnya ini kurang baik. majoriti undian konsentrasi seharusnya berpihak pada ulangkajiku untuk peperiksaan final first semester. tapi bila memikirkan hal ini ada kaitan dengan pembentukan diri aku untuk masa depan, aku tulis juga sebagai salah satu catatan hidup buat peringat diri sendiri. walaupun rasanya aku takkan lupa; mana tidaknya aku ke uni yang sama berulang kali tiap minggu, maka kebarangkalian terserempakan dengan kes yang sama adalah besar. dan sejujurnya sebelum ini pun aku pernah menyaksikan. tapi hari inilah pertama kali aku rasa betul-betul terusik. makanya aku berhenti, menilai dan membina perspektif supaya; bila aku terserempak dengan mereka sekali lagi, ada akar fikir yang dah tertanam dalam benakku; buat peringatan supaya konsentrasiku tak terganggu lagi. lagipun, setelah satu semester di sini, aku berazam mahu bina kehebatan yang tertangguh (atas alasan-alasan yang munasabah) bermula semester kedua dan seterusnya. bak kata orang tua-tua, 'mahu pulun habis'.

doakan aku wahai mak-mak, bapak-bapak, adik-adik, kekasih-kekasih dan teman-teman...

dan ini perspektif yang kubina dengan ilham dariNya:

tentang di hati, ingat di akal. kongsikan sebanyak mana mampu. ya, kongsikan di blog juga satu cara. makanya aku menulis di sini. seruku, ambillah pengajaran.
apabila kita mahu ambil jalan mudah dan ikut kehendak sendiri.
apabila diri tak betul-betul kenal Tuhan.
apabila dunia memperjuangkan hak sekularisme.
apabila sistem khalifah jatuh runtuh.
apabila ummat islam bebal hina.
apabila ketajaman akal tak diasah.
apabila hidup selesa.
apabila tak menjiwai tugas dari Tuhan.
apabila islam hanya satu perkataan 5 huruf yang dimulai huruf 'I' besar.

dulu akalku cetek. apa-apa sahaja yang bertentangan dengan islam, harus dilawan dikejar sampai ke lubang cacing. serang. apalagi bila diberi kepercayaan dengan jawatan. niat itu murni, tapi fikir itu pendek. tak apa, budak kecik. yang penting, semangat membara itu sudah ada.

sekarang akalku makin panjang. pengalamanku ubah persepsi. eh bukan, jangan salah anggap. yang salah tetap salah. cuma sekarang mataku makin celik. hatiku makin rasa, dan seperti kata orang, bila ilmu makin bertambah, rasa diri makin rendah dan hina di mata Allah sebab ilmu Dia itu luas dan banyak lagi harus kupelajari. makin sensitif dan berhati-hati sebelum pilih satu-satu keputusan. ambil tindakan bukan tak berani tapi selepas faham, unjuran watak perlu matang supaya tindakan tu tak hanya melepas batuk di tangga ataupun mungkin, tambah burukkan keadaan.

dan selepas faham juga, betapa diri ini kerdil rapuh lemah, terlalulah takut jadinya. siapa tahu esok hari siapa? maka diri ini harus dibajai dulu. apa yang Allah bagi nampak, ambil pengajaran. simpan dalam kotak otak. cerna satu demi satu, rungkai sikit-sikit secara berperingkat-peringkat. suatu hari, bila masanya tiba, (seperti kata ustaz masa itu pasti akan tiba, ya Allah tolong aku...) tindakan susulan akan dijalankan. watak perjuanganku akan mula memainkan peranan.
fokus hidup makin jelas.

tidak berpatah balik.

buat yang bergaul bebas dan tudungnya macam chipsmore (aku yang terkejut tengok dia macam nampak hantu je lagaknya, tapi dia siap senyum rilek-rilek lagi, aku beristighfar dalam hati), kalian usah fikir Allah itu buta. dan kalian jangan fikir kat akhirat nanti, ada babak-babak 'obscene' dalam hidup korang yang Allah deletekan macam dalam cerita 18SX (yang selalunya dibuang sebab takut kanak-kanak dan remaja terpengaruh dengan aksi seks berlebihan) semata-mata nak jaga aib korang. masa kat dunia nilah jaga aib. nanti dah mati dan bila dibangkitkan kat akhirat kelak pun, semua orang dah tak peduli lagi pasal aib. masa tu nak telanjang telanjanglah. tak ada siapa akan tergoda. dan bagi yang belum tutup aurat dengan sempurna (mungkin aku pun termasuk sama) marilah kita tambahfahamkan lagi tentang konsep aurat neh. aku pun setuju dengan orang yang tak mahu buat sebab mak bapak suruh, ataupun tak nak buat sebab takut akan tinggalkan suruhan bila berubah angin. tapinya, usaha ke arah memahamkan setiap tuntutan Allah tu usah diberhentikan. perjalanan kita masih jauh kawan...usah tenggelam dalam pelayaran pertama macam titanic, gahnya sebentar sahaja. riuh-riuh sambutan macamlah lagaknya nak sambut apa entah, kononnya merekalah paling berkuasa dan harus diraikan sebab dapat cipta kapal terbesar dunia. tapi kolek kecil buatan pak tua yang sederhana dan diguna pakai mencari nafkah buat keluarganya, yang dipakai berulang-ulang kali; bocor ditampal, rosak dibaiki, tahan dipukul ombak tsunami masih kukuh mahu menyumbang sebagai asbab rezeki si nelayan yang berumah di pinggir pantai, yang anak-anaknya menyambut dengan tawa riang kolek kecil itu setiap petang senja; menghilangkan penat si ayah menyabung tenaga bermain tarik tali dengan malaikat maut setiap hari...aku tak tahulah, tapi bagiku kolek itu lebih mulia. pesanku pada kawan-kawan dan diriku sendiri, usah putus asa mencari Tuhan.

p/s: hidung berdarah dah 3 bulan lebih, batuk-batuk sebab cuaca yang sejuk, sakit belakang, denyutan jantung tak stabil dan biological clock berubah. doa-doa multivits yang baru dibeli 2 hari lepas Allah izinkan bawa perubahan positif. ameen...mama, qilah nak balik...

No comments: