Thursday 17 May 2007

tak percaya lagi

"aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini
di sudut menunggu mati..."

amat terkesima masa aku mula-mula mendengar lagu ni. amat terlalu tidak ada harapankah? sudah terlalu terukkah? memang dah tak ada jalan kah?

aku ni cepat tertarik dengan lagu-lagu best. banyak lagu yang rentaknye best tapi lirik hampeh. takpe, tu boleh ditolak awal-awal. tapi ada sesetengah lagu tu liriknya makan aqidah. bahaya dan kalau difikir-fikirkan, menyeramkan. sebab akidah tu dasar iman, rosak akidah, boleh rosak segalanya walaupun dah banyak beramal. nauzubillah, takutnya.

tapi topik tu insyaAllah aku akan cuba bagi pandangan len kali. wat kali ni, aku hanya nak kupas sket mesej dalam lagu kat atas ni, lagu tema cerita sephia. (p/s: ako mustafa memang sangat hensem...subhanallah..=p)

sebenarnya ada sesuatu yang triggered mind aku yang buatkan aku teringat balik lirik lagu ni. satu senario.

"ah, pakai tudung pun buat maksiat. baik tak payah pakai tudung."

"name je ustaz, anak compang-camping join mat rempit jugak..."

"eleh die tu. cakap jek gempak. ambik dari hadis konon. entah die buat ke tak tu..."

"kenapa pulak akak naqibah buat macam tu? nama je naqibah. ini ke islam ajar?"

baiklah. saya tahu, mesti ramai nak jawab pertanyaan tu.

"alah, at least dia pakai tudung, lepas jugak azab. bukan macam ko, dah pakai tudung siap kutuk dia lagi."

"iman tak dapat diwarisi..."

"ish ko ni...memandai je...kalau dia memang buat macam mana?"

"entahla aku bukan naqibah mana la aku tau. ala ko ikut je, mesti betul punya..."

hehe. saya agak je pasal jawapan-jawapan tu. tapi yang soklan-soklan tu memang banyak dah saya dengar, terbaca, tertahu.

banyak, especially dalam masyarakat kita. dulu saya juga pernah punya rasa macam ni. tengok budak uni buat benda tak senonoh dalam gelap masuk berita tak apa lagi. tapi bila nampak budak perempuan tu pakai tudung, hati saya bengkak. itu baru satu kes. belum lagi kes-kes lain yang lebih 'menarik' dan 'mengelirukan'. semua ni membuatkan kita macam tak percaya lagi dengan islam. 'patutla islam tak maju', 'patutla islam asyik kalah' etc. stigma masyarakat tentang agama Allah. saya tak kata semua, tapi sebahagian darinya. perspektif berubah. cara pandang islam berubah. kononnya islam ni ganas. kononnya islam ni mundur. kononnya islam ni tak sesuai dengan zaman sekarang.

saya takkan defend sesiapa. dan saya tak hukum sesiapa. apa saya nak kongsi, kepada sesiapa yang ada dilemma macam ni, atau kenal sesiapa yang ada masalah macam ni, meh saya ingatkan pasal satu benda.

cite ni berlaku masa saya ikut satu majlis ilmu. akak tu cakap satu benda yang buat saya terdiam luar dan dalam buat sementara waktu.

"jangan judge islam berdasarkan penganutnya."

paangggg...!!! rasa macam kena tampar. tapi memang tamparan tu antara tamparan paling best saya penah dapat dalam hidup. ayat tu menjawab hampir semua kemusykilan saya. tenangkan hati saya. ia buat saya fikir, apa sebenarnya yang aku cari?

ya. islam.

maka bagaimana nak tahu pasal islam?

"alQuran dan hadis"

Allah tak penah cakap 'kalau nak tau pasal islam, tengoklah dr fadzilah kamsah" ataupun "islam itu ustazah norbaiyah" ataupun "nak belajar pasal islam tengok yusuf islam la"

saya bukan cakap diorang jahat. tapi saya nak cakap yang diorang, saya, korang, ustaz-ustaz kat skola, mufti, budak perempuan kat uni tu, budak pakai tudung tapi buat maksiat tu,

tak sempurna. islam ialah apa yang disampaikan dalam alQuran dan hadis. maka jangan letakkan islam pada selain yang dua ini. sebab yang lain tu tak sempurna. kalau yang baik, amalkan, yang tak baik, tinggalkan (bagi yang selain dua ini). tapi jangan disebabkan sesetengah golongan yang buat salah, anda salahkan islam terus. dan tak mahu dalami islam lagi. dan tak percaya dengan islam lagi.

apa-apa nasihat, anda boleh pilih sama ada nak terima atau tolak, sebab tak semua akan sesuai dengan diri kita, tapi kalau ayat alQuran ataupun hadis, walaupun bagi kita berat, perlu akui dengan penuh sedar dan rendah diri yang semua tu benar, kemudian amalkan semampunya. bukan sebab nak ikut orang, maka kita nak amalkan islam. tapi sebab Allah. ingat Allah selalu. usah peduli apa orang lain fikir tentang anda. yang penting, apa Allah fikir.

siapa tu Allah? siapa tu Muhammad?

hehe. bukak alQuran dan buku hadis ye cik kak...cik abang...

p/s: kejap aku, kejap saya. kejap korang, kejap anda. aku pun pening...ape-ape pun, perlu diingatkan isu ni bukan hanya setakat ni, banyak lagi points yang berkaitan yang aku tak bangkitkan. contohnya proses nak belajar kupas alQuran dan hadis (sebab bukan boleh main interpret sebarangan), konsep kekuasaan Allahlah yang tentukan segalanya, eg tak semestinya pakai tudung makanye akhlak baik etc, kesedaran untuk kenal dan amalkan islam dengan sungguh-sungguh (sebab kalau orang yang tak peduli langsung pasal agama, dia takkan peduli pun orang pakai tudung ke tak ke, sebab dalam diri dia tak ada konflik pasal nak tahu islam tu apa, walaupun dia islam...wallahualam). dan lagi satu, tulisan aku ni lemah sebab tak disokong ayat-ayat alQuran dan hadis. kalau ada yang nak bagi silakan, dan kalau ada yang nak bangkang mana-mana isi aku dengan ayat-ayat alQuran dan hadis, sila tampilkan. sila jangan jadikan points aku sebagai isi hujah anda! jadi sama-sama la kita terus belajar ek! =)

3 comments:

Anonymous said...

menyentuh tentang pengupasan dan interpretation Al-Quran, mmg sukar, kerana para Tabiin dan Ulama' dari zaman Rasul sendiri sering menghadapi perselisihan pendapat, terutama selepas Baginda wafat, since there's no longer an absolute person to refer to. having given the oppurtunity to learn Islamic Law, now only i realize, bagaimana boleh wujud minah2 (saya xkan sebutkan nama petubuhan itu) yg mengatakan 'x wajib pakai tudung', 'aurat tidak termasuk rambut', 'poligami mmg haram terus' etc. kes2 macam ni xlain xbukan sebab x habis belajar agama, dan xdalami Al-Quran, tapi sudah berani nak ammend hukum hakam. golongan ini hanya membuat kesimpulan simplistik ke atas sepotong ayat Quran, tanpa menghayatinya betul2, atau menyelidik apakah 'Illah di sebalik ayat itu.. kerana memang byk ayat Quarn, terutama yg berkaitan perihal Fiqh yg menimbulkan byk sudut pandangan dan tafsiran yg berlainan.. Ya Allah, selamatkan mereka, dan tunjukkan kami jalan yang benar..~ameen

rukiah mahmood dan anak-anak said...

hehe. dalam islam, dibolehkan mengumpat org2 yg dah terang lagi bersuluh kejahatannya, supaya org lain dapat berjaga2 dan amek tindakan yg matang n patut. sisters in islam tu salah n tak ikut islam yang betul. harap dapat berubah. orang kaper pun ngah usaha semangkit mungkin untuk punahkan umat islam yang punya iman tahap bangkai je ni, maka usahlah tambah burukkan lg keadaan...cukuplah mustafa kamal attartuk sorang...huhu...alergiknye ak ngan mereka ni...wat umat islam, rujuk alQuran dan hadis dan kitab2 muktabar kalau betul2 nak belajar ttg islam...

rukiah mahmood dan anak-anak said...

maceh mahirah buat komen anda. amat matured, saya kagum! masyaAllah. sahla dah layak kawen...huhu saya je yg belum lagi...haha