Friday 25 May 2007

masih ada

aku juga pernah jatuh dan luka
aku juga pernah menangis hiba
aku juga pernah merindu,
terasa sunyi
dan sedih bersendirian.

aku juga pernah membenci
lemas rasanya
selalu dalam kehinaan
letih dalam
keterpaksaan yang cuba
diikhlaskan
sakit jiwaku
menahan pedih
dan kata-kata manusia
sering aku penat
sering juga aku alpa
sering aku sedih
sering juga aku memberontak dalam diri
kadang-kadang kurasakan segala-galanya
sudah berakhir

bila kulihat kaki ini
masih berdiri
luka itu
masih boleh sembuh
tangan ini
masih boleh menulis
mata ini
masih boleh
jadi saksi
indahnya alam
dan aku masih boleh
memandang ke depan
dan senyum,

kufikirkan
hari esok masih ada buatku
masih ada nikmat yang berbaki
masih ada nafas yang kuhirup
masih wujud pelangi
masih damai hujan
masih mereka mampu
tersenyum untukku
masih mereka mampu
merinduiku dalam doa
masih ada masa
buatku
masih ada rahmat
untukku

Tuhan
tika aku terpesong
Kau datang menyedarkan
tika aku sedih
Kau datang menghiburkan
tika aku merasakan segalanya telah berakhir
Kau bawakan harapan
keampunan
dan kesejahteraan

ya Allah
mudahkan jalanku
menujuMu
kurniakanlah aku kekuatan
izinkanlah padaku kemampuan
rahmatilah aku dengan keampunan
yakinkanlah aku dengan pertolongan
dariMu

seteruk-teruk mana pun
sungguh
Allah itu ada
dan kerana itu
aku kan sabar dan menanti
terus berjalan perlahan-lahan
dan senyum
kerana seteruk-teruk mana pun
rahmatNya masih ada buatku
selagi aku meyakini

2 comments:

whilewhiting said...

this poem does ring a bell. i used to poeming when i was sad. hope that you are not anymore. oh well, last friday was my last day of semester. rase cm x percaya. lagi 1 minggu to exams. do pray for me yah. :)

rukiah mahmood dan anak-anak said...

poem ni untuk panggil semula aqilah yang dulu. bukan yang sedih-sedih, pastinya. :)

ok gurl, insyaAllah will pray for you. do pray for me too, kay? (^_~)