Sunday 21 September 2008

sorry ya Allah~

1. narrated shaddad bin aus r.a: the prophet SAW said, 'the most superior way of asking for forgiveness from Allah is: "Allahumma Anta Rabbi, la ilaha illa Anta. Anta khalaqtani wa ana 'abduka, wa ana ala 'abdika wa wa'dika mastata'tu. a'udhubika min sharri ma sana'tu, abu'u laka bini'matika 'alaiya, wa abu'u laka bidhanbi faghfirli fa innahu la yaghfiru-adhdhunuba illa Anta." the prophet added, 'if somebody recites them during the day with firm faith in it, and dies on the same day before the evening, he will be from people of paradise; and if somebody recites it at night with firm faith in it, and dies before the morning, he will be from the people of paradise.'

2. nabi bercerita, tentang reaksi Allah bila seorang hambaNya bertaubat, dengan perbandingan sebuah kisah yang lebih kurang begini (untuk exact translation sila cari sumber sendiri):

seorang lelaki dengan untanya yang penuh muatan, berjalan di padang pasir. tiba-tiba untanya terlepas dan lari entah ke mana. lelaki itu frust dan tak tau macam mana nak dapatkan balik untanya. dia berdoa dan berjalan-jalan tak tentu arah di padang pasir yang luas tu sambil bingung memikirkan jalan untuk mencari untanya semula. macam orang hilang punca dan tensyen ya amat. maklumlah unta kan mahal, sekali dengan muatan dan barang-barangnya lagi. kemudian, dia jumpa sebatang pokok dan berehat di situ. dia baring pandang awan luas sambil tertanya-tanya di mana untanya sekarang. tiba-tiba, dia tersedar yang untanya ada di sebelahnya, unta yang lari tadi datang balik dan bergerak perlahan-lahan mendekatinya. muatan dan barangan dia pun ada sekali, semuanya selamat. dia punyalah gembira, melompat-lompat bila jumpa untanya semula. dia nak cakap terima kasih pada Allah sampai tersasul, bila dia cakap 'Allah, kau hamba dan aku Tuhan.'

reaksi kegembiraan Allah bila seorang hambaNya bertaubat, ialah lebih dan lebih lagi dari kegembiraan lelaki tadi.

3. masa zaman nabi musa, ada satu musim darurat sebab hujan tak turun. tanah kering kontang, semua orang sangat dahaga dan lapar. nabi musa berdoa pada Allah supaya Allah turunkan hujan, kemudian Allah bagitau yang Allah taknak turunkan hujan sebab ada sorang dalam masyarakat tu yang dosanya besar sangat-sangat pada Allah. selagi orang tu ada kat situ, selagi tu Allah taknak turunkan hujan..

jadi nabi musa pun bagitau pada semua orang pasal benda tu. dan nabi musa cakap untuk kebaikan semua, baiklah kalau orang yang berdosa sangat-sangat tu pergi dari kawasan tu supaya Allah turunkan hujan. time nabi musa cakap tu, orang yang berkenaan itu rasa bersalah; disebabkan dosa dia semua orang kena tanggung. sampai Allah taknak turunkan hujan pulak tu. jadi dia minta ampun pada Allah dan bertaubat. belum sempat dia keluar dari kawasan tu, Allah turunkan hujan lebat. kiranya Allah dah ampunkan dosa dia. kemudian Allah cakap pada nabi musa, yang orang sama yang berdosa sangat-sangat pada Allah itu lah yang jadi penyebab turunnya hujan. kemudian, bila nabi musa tanya pada Allah siapa orang tu, Allah cakap yang dosa dia pun Allah rahsiakan, inikan lagi identiti dia. jadi orang tu kekal misteri sampai sekarang. (untuk exact translation sila cari sumber sendiri)

No comments: