Saturday 27 December 2008

genap lagi 2 bulan~

Erm, dah nak masuk tahun baru.

Bulan terakhir tahun ni banyak merakamkan kebisuan aku. Terlalu banyak bercampur aduk sehingga kadang-kadang aku tak tahu lagi mana satu untuk aku percaya. Jadi aku akhirnya diam, langsung menyimpan senyap semua haru-biru celaru. Sehingga untuk mendoakan apa pun aku sendiri kurang pasti.

Kalau aku katakan aku tak takut, itu adalah pembohongan paling besar. Segenap denyutan nadi jadi saksi pemikiran aku yang berterabur. Terlalu banyak perasaan ini, mendiamkan aku dan membuatkan aku sepertinya tidak endahkan apa-apa lagi. Padahal, padahal..Tuhan, Kau maha tahu apa yang aku rasakan.

Aku mahu beritahumu, terlalu banyak. Mahu menemuimu, terlalu ingin. Mahu mendengarmu, terlalu selalu. Namun kadang-kadang aku tak pasti siapa aku padamu. Dan tak pasti sama ada aku patut atau tidak melakukan denganmu apa yang aku mahu. Dan sebab itu aku mengekalkan jarak ini.

Tapi sesungguhnya. Sesungguhnya..aku tersangat sayangkanmu.

Kata orang, jika kita sayangkan seseorang, kita harus lepaskannya pergi. Jika dia datang semula, maksudnya dia memang tercipta untuk kita. Tetapi jika dia tak datang semula, maksudnya dia tak pernah tercipta untuk kita. Dalam kata lain, jodoh tak ke mana. Erm.

Hujan turun mencurah-curah, untuk waktu yang sebentar. Kemudian di luar bercahaya semula. Hujan kali ini sangat sebentar nampaknya. Tuhan, bau hujan ini sangat wangi. AnginMu juga menyegarkan hamba. Terima kasih, hamba akan cuba bersabar.

2 comments:

Amiene Rev said...

Salam Tahun Baru Hijrah

mostlyepiphanies said...

Ya, aku pernah dengar kata-kata tu. If you love someone, you set them free.

Cinta.

Harap2 cutimu seronok qilah. Salam maal hijrah.