Saturday 30 May 2009

twilight

ma kata tak elok cakap kita benci sesuatu, tapi aku memang maksudkannya. aku tak sukakan winter. aku kene pakai jaket, dan jaket aku yang panas ada hood, jadi bila aku bawak tidur belakang aku tak selesa sebab bersandarkan hood jaket. bila bangun pagi, badan aku panas semacam, dan kepala aku pening. mata aku lebam sebab susah tidur merisaukan tentang sejuk.

dan semalam waktu kelas jepun aku terkejut tengok kuku aku yang membiru. shoot. ape ni? aku tanya kawan aku 'is it cold in here?' sebab aku tak rasa sejuk walaupun tangan aku dah pucat. tapi dia semacam keliru dengan soalan aku, lepas tu sensei suruh bukak buku teks untuk latihan, jadi aku terus lupa tentang sejuk. aku memang patut lupa tentang sejuk. sebab sejuk aku membayangkan macam-macam, dan ia seperti ada positive feedback; sejuk membuatkan aku fikir macam-macam dan bila fikir macam-macam aku rasa lagi sejuk.

kadang-kadang aku fikir macam mana burung boleh terbang dengan cerianya dalam waktu sejuk pagi yang dingin diam. dan macam mana cahaya matahari masih boleh membuatkan daun-daun pokok nampak berkilau, walaupun dihalang kepul awan yang garang dan berat.

ada beberapa perkara yang aku tak mampu, tak kira sebanyak mana aku mahukannya. dan kadang-kadang aku fikir, adakah itu petanda aku akan ditinggalkan jugak akhirnya. macam, aku mahukan abah di waktu itu, tapi aku tak mampu bawak dia pulang ke rumah dengan selamat, dan dia akhirnya pergi. sekarang aku selalu jumpa abah hanya dalam mimpi.

nampaknya aku dah fikir bukan-bukan ni. apa-apa pun. sebagaimana degilnya aku dengan perangai ni, degil lagi syg meyakinkan semuanya akan okay dan aku tak buat apa-apa salah pun.

sikit pun tak. dan seperti mana selalunya dia sabar, seperti itulah dia tak pernah tunjuk mahu mengalah. lebih dari apa yang dapat aku bayangkan.

buat masa ni pastinya aku akan berusaha untuk nampak okay. sebab aku mahukannya, tak kira betapa gempa menggegarkan hati aku. tapi aku selalu genggam tangan sambil mengetap gigi aku menahan sejuk, bila aku memikirkan dia mesti akan dapat membacanya.

seperti menggenggam aku kuat dan membantu aku berjalan, walau perlahan, betapa aku lemah sekalipun, tanpa mahu melepaskan. kemudian perlahan-lahan aku rasa aku semakin dapat bernafas seperti biasa.

shoot. betul ke memang Tuhan dah rancangkan semua ni dari awal?

2 comments:

Anonymous said...

dah bli novel twilight 2 jgn plak lpe nk study.. hehe =))

akira said...

iyer..insyaAllah..hehe =))