Monday 1 June 2009

ditapis

dah dekat 2 hari pakcik amer ngan makcik yam kat mekah. mesti best. pakcik amer cakap kalau dia jumpa abah dia kem salam. aku pesan mintak cakapkan pada abah kami semua rindukan dia dan aqil.

dan sebab dia kata dia tak fotogenik maka aku buli dia suruh dia tangkap gamba banyak2 dengan makcik yam. hehe~

ada 2 assignments kena hantar hari ni dengan 1 japanese listening test. jumaat ada speaking test pulak, dan 2206 sampai 0107 final exam. maka sebagai seorang perfectionist ia hanyalah semulajadi bagi aku untuk rasa risau. mungkin, agak sangat risau.

sem lepas sangat bermurah hati kepada aku. sem ini tidak begitu berlembut nampaknya. terkial-kial merangkak sambil berfikir whether i can make it..membuatkan aku sedar adalah sihat untuk seorang perfectionist kadang-kadang mengambil ringan beberapa perkara penting.

kerana mereka bukan paling penting. melainkan percaya kepada Tuhan, akal n hati yang sihat dan dikasihi orang-orang kesayangan. ya, perkara-perkara percuma yang tak ternilai itu.

lagipun, macam dalam cerita merlin, bila lancelot undur diri dari camelot walaupun diberi peluang kedua. katanya, walaupun dia dah buktikan pada arthur yang dia layak untuk menjadi knight, dia perlu buktikannya pada dirinya sendiri dahulu. sebab itu lebih penting.

memikirkannya membuatkan aku bertambah tenang. sekarang aku hanya perlu lakukan sehabis baik dan tak kisahlah apa pun keputusannya, Tuhanku kuatkanlah aku untuk menerima.

sebab kadang-kadang kita harus melepaskan walaupun sepertinya kita layak mendapatnya. Allah lebih kenal hambaNya si aqilah ni macam mana, dan semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, kan? jadi aku perlu sabar dengan kekurangan ni.

dan keep it slow and steady, banyak kali aku ingatkan diri aku itu. ada rezeki tak ke mana. ada jodoh pun tak ke mana. ehem.

lagipun aku tak mau jadi go-getter yang tak pernah gagal, ataupun ahli syurga yang tak pernah berdosa.

ameen. ganbatteimasu ;-]

p/s: ahnaf, selamat hari lahir 02062009. blaja leklok utk upsr! :)

4 comments:

mostlyepiphanies said...

:)

Buena suerte con tu tareas y examenes!!

Anonymous said...

btol3.. yg penting rileks je.. dunia je sume 2 kan??

akira said...

btul..tp nk wt gk..slagi bleh..u know me..huhu~

Anonymous said...

up to u.. :-]