Saturday 6 June 2009

natural glutinous rice lover

hajimete tabeta no mochi (my first eaten mochi)

entah berapa kali sudah bermain lagu yang sama usai solat subuh di depan komputer. ada lebih kurang 36 minit lagi sebelum pukul 8. petang semalam katanya seperti sudah lama tidak mendengar suaraku, padahal baru pagi semalam aku kejutkan dia. syg ni.

sambil mendengar lagu ini jari-jari aku cuba mengikut rentak piano dan alunan cello mereka. inspirasi dari sarah. kemudian aku sedar penghadap tingkap aku masih tertutup. aku cepat-cepat menariknya ke atas, dan seperti yang aku sangka, awan masih sangat indah sewaktu matahari sedang terbit.

awan tebal dialun angin agaknya, sehingga membentuk seperti bukit-bukit di padang pasir. warna indigo dan merah keemasan, dan sekarang dengan semakin terangnya cahaya matahari ia berubah menjadi kelabu. angin tersangat perlahan, hampir tiada, tapi dinginnya terasa bila aku letakkan telapak tanganku menekap tingkap kaca, cuba meneka suhu. mungkin 7-12 celcius pagi ni. langsung tak terasa dalam bilik luasku yang dipasangkan heater.

semalam kecuakan oral test nihongo berakhir dengan gelak tawa dan senyuman yano sensei dan yokomitzu sensei. sejak 2 petang aku dan kei fok di bangunan menzies tingkat 4, berlatih untuk oral test. aku baru sampai sebenarnya bila dua tiga budak cina mengusung makanan masing-masing dan makan di belakang kitorang. tanpa sebab aku terasa terganggu dan katakan pada KF aku mahu ke campus centre membeli makanan. KF kata kepala dia sudah tepu, dia sudah ada di sana sejak pukul 10 pagi jadi mahu jalan-jalan sekejap, ambil angin.

di asian groceries aku fikir mahu membeli mung bean paste faveret aku macam biasa, tapi aku teringat yang KF pun ada, jadi aku mencari sesuatu yang boleh dikongsi makan. kemudian aku ternampak mochi (asasnya dari tepung pulut dengan inti dan salut macam-macam jenis, dari jepun) yang aku tak pernah rasa, satu paket ada 6 mochi dengan 3 perisa, jadi aku beli itu. auntie tauke kedai tu mengusik aku supaya aku berkongsi makan mochi dengannya. aku yang sedikit lampi gelak-gelak aje bila dia kata makanlah, dia gurau sahaja.

tapi KF tak mau bila aku mengajaknya makan, walaupun aku sangat-sangat kelihatan menikmatinya. entah berapa 'oishii' yang aku sebut bila aku makan. haha. kemudian baru dia beritau taiwan ada mochi paling sedap, dan mochi dari taiwan disimpan dalam peti sejuk, tak macam mochi di jepun. KF memang bertuah, dia sudah merantau ke jepun, eropah, china dan macam-macam negara walaupun hanya berasal dari singapore. dan aku juga rasa bertuah sebab ada kawan untuk berlatih oral test. cakap sorang-sorang dalam bilik sungguh-sungguh tidak membantu. hehe.

aku hanya larat makan 3 dari mochi yang aku beli. selebihnya aku simpan dalam beg. KF cadangkan aku mengajak sensei makan, cukuplah kami makan seorang satu nanti. aku gelak-gelak sambil berlakon mengajak sensei makan dan berlatih dalam bahasa jepun, manalah tau berguna nanti.

syg ucap all the best untuk oral test nanti, dan gementar aku berkurang sedikit. bila aku masuk ke dalam bilik exam waktu itu sudah pun malam. 6pm.

'hai akira san, douzo (aqilah, sila2 masuk)', kata yano sensei.
aku tunduk sedikit dan menjawab 'hai arigatou gozaimasu. sensei, konbanwa..deshou? (iyer, terima kasih. sensei, selamat malam..kan)?'
sensei tergelak sedikit. 'hai, hai (betullah tu)'.

aku ambil tempat duduk di hadapan yokomitzu sensei. beg aku letakkan di kerusi lain.

'kowain yo' (sepatutnya kowain desu yo, maksudnya saya takut- first grammar mistake)

dan oral test berjalan. mungkin sebab banyak berlatih dengan KF (alhamdulillah) aku dapat bersembang dengan sensei dengan agak baik, walaupun ada vocabularies yang aku tak tahu dan sensei tolong translate kan. haha. sepanjang kami sembang yano sensei asyik gelak-gelak bila apa yang aku katakan (mungkin) lawak (atau sebenarnya menarik).

sampai satu soalan bila yokomitzu sensei tanya apa aku buat bila aku ada waktu lapang. antara jawapan aku ialah masak dengan kawan (nadia). kemudian sensei tanya jadi aku suka masak kah? aku jawab tak. tapi sebab ma kata perempuan perlu pandai masak jadi, sebab itu aku belajar. sensei gelak lagi, kemudian yano sensei pesan 'awak kena kahwin dengan orang yang pandai masak lah macam tu, okay?' kemudian pandang aku dan ketawa sedikit. 'eeto..kareshi wa..maa maa desu..daijoubu, atashi wa kitto motto benkyou shinakereba narimasen yo (uwm..bf saya..boleh tahan..takpe2, saya kene belajar lagi banyak-banyak)' dan sengih-sengih.

yokomitzu sensei kata japanese aku bagus, lantas tanyakan pada aku sama ada aku pernah ke jepun. aku kata tak, tapi aku mahu pergi. dia tanya pulak makanan-makanan jepun yang aku pernah rasa, kemudian aku kata sushi, dan 'kyou wa hajimete mochi wo tabemashita (hari ini first time saya makan mochi)' dan aku tambah yang masih ada baki mochi yang aku makan dalam beg. yano sensei seperti tak percaya dan segera bangun dari kerusi sambil berkata 'hontou desu ka? jaa mitai yo ne! (betul ke? haa meh sini sensei nak check!)'. aku pun bangun dan membuka beg aku. alahai, 2 mochi sudah terkeluar dari plastik. hanya 1 aje yang masih elok dalam paket. sensei berikan aku 2 helai tisu untuk aku letakkan mochi-mochi yang terkeluar tu.

dengan malu-malu aku jemput sensei makan mochi yang sudah tinggal satu. 'daijoubu, watashi to yokomitzu sensei wa hanbun zutsu tabemasu yo (tak ape, saya dan yokomitzu sensei makan separuh sorang)' kata yano sensei. kemudian dia beri aku cokelat lindor yang dia dah janjikan dari awal. aku ambil yang berbalut wrapper merah sambil ucapkan terima kasih, tapi sebab aku nervous agaknya, aku tercakap 'arigatou desu (sepatutnya arigatou gozaimasu)' dan sensei gelak lagi sambil jerit nama aku 'akira sannnn!! nani wa arigatou desu ka??!! (aqilah! ape pulak arigatou desu ni?!)' hehe. macam pangkat mak aku pulak.

dan sensei kata walaupun aku salah yang mula-mula tadi (kowain yo) dia kata dia maafkan sebab kata-kata tu kawaikatta (cute). hehe.

p/s: alhamdulillah..

6 comments:

mostlyepiphanies said...

aku jumpa lagu tu kat blog kawan aku. Best kan?

Kekadang lyric x perlu pun.

:)

mostlyepiphanies said...

And there is something so incredibly sombre about the cry of a cello. Gets me everytime.

Mahirah M said...

1. its good to know you're now mastering nihonggo :)

2. there are several lines that i find very intriguing ;)

3. agree with aijud

akira said...

aijud,
have u watched august rush? the boy's mom was playing cello too. that's how i firstly learnt about it, actually :)

it's like..playing the words inside me that i fail to say outloud..hehe~

myra,
intriguing. owh, ive always been intriguing LOL

anamunawwarah said...

salaam~
nk2 mochi!huhu
oishii tak?

akira said...

wslm
oishii :)
lembut sangat2! smpai ble makan rase mcm jeli pn ade tp bentuk dye still tegap. kagum! hehe~