Sunday 3 June 2007

nukilan bukan ilmiah

memang salah satu kesukaanku ialah membaca blog. kalau duduk di hadapan komputer membaca blog di waktu cuti, mungkin aku takkan merasakan sudah malamnya hari. mungkin juga aku akan hanya dikejutkan oleh boborygmy perutku yang minta disuap. tambahan lagi kalau semua penulis kegemaranku mengupdate blog mereka dan memasukkan banyak entri baru, pasti aku tak berganjak dari kerusi. faisal tehrani, abdullah jones, saharil, dugongsenyum, tokrimau, sinaganaga, kereta mayat untuk menamakan sedikit dari mereka. dari blog mereka aku belajar, buka minda dan ketemu semula jiwaku yang pernah kutinggalkan dahulu. seni mereka pencetus fikirku, mesej-mesej mereka bagus sungguh penyampaiannya.

aku baca blog-blog mereka untuk ilmu dan islam. aku tak macam sesetengah orang lain, yang meletakkan kegemaran mereka kepada stereotype tertentu; contohnya 'minat lagu-lagu my chemical romance' ataupun suka 'semua cerita latin' atau 'minat filem-filem hindustan'. bagi aku itu semua bukan ukuran. aku suka sesuatu berdasarkan isinya, berdasarkan mesej-mesej yang ingin disampainya. aku tak melihat pada cop dan jenama, aku lihat pada fikrah dan kualitinya. makanya aku tak pernah meminati 'filem-filem melayu' atau 'novel-novel cinta'. minatku amat spesifik tapi tak pernah berbatas pada sumber dan jenis. mungkin cara aku faham sesuatu lain dari orang.

cuma aku sedih. sebab aku sangat suka bidang seni ini, jadi bila aku tak dapat faham mesej-mesej yang ingin mereka sampaikan disebabkan kecetekan ilmuku dalam bidang ilmu dan penulisan ini serta kurangnya pengalamanku, aku jadi geram dan sedih. kadang-kadang habis membaca sajak abdullah jones aku mendungu diam. sajaknya tak lebih dari susunan-susunan kata semata, dan sedihnya aku kerana aku tak memahaminya. begitu juga kadang-kadang dengan sajak dan certot saharil. namun aku bersyukur, kerana Allah pertemukan aku dengan karya-karya mereka. dan, begitu pun aku sangat suka setiap tulisan mereka, aku tak mengambilnya bulat-bulat dan menolaknya bulat-bulat. apa yang kudapat, kucerna dan kunilai sejauh mana relevannya dengan kehidupanku.

dan bila rasa sedih begini, aku kembali nilai niatku pada permulaan. walaupun banyak antara karya mereka yang aku tak faham, tapi mungkin juga tak relevan dengan diriku, sebab aku perlu ambil mana-mana yang boleh memperkuatkan imanku dan mengajarku lebih dalam tentang agamaku. aku kembali bertanya pada diriku sendiri, di mana letaknya prioritiku? apa yang lebih penting? maka pasti jawabku 'menuntut ilmu di universiti ini lebih penting, menelaah subjek-subjekku di universiti ini lebih penting, dari mengaut ilmu-ilmu dari tulisan blog'. sebab aku sudah diamanahkan untuk mendalami ilmu geosains ini, Allah sudah menempatkan aku di sini, mesti ada sebabnya. sebagaimana semua penulis blog itu amat mahir dalam bidang mereka, begitu jugalah aku perlu, mahu dan akan insyaAllah, mahir dalam bidangku. tak dapat disangkal bahawa aku amat minat bidang seni penulisan ini, terutama dari perspektif menyampaikan dan menceritakan tentang agamaku melalui bidang penulisan, tapi ada perkara yang lebih mustahak di pihakku.

oh ilmuku amat cetek, imanku amat tipis. ya Allah selamatkan hambaMu ini.

2 comments:

lamka lutaidan said...

right on, qilah!
kita berblog bukan pakai taram.

bukankah semua yag kita buat mesti ada niat?
kalau orang lain niatnya untuk berblog supaya seluruh dunia tahu akan cinta-cintun mereka, atau supaya seluruh dunia tahu betapa bestnye cerita tok nenek korea tu ke... insya'Allah, kita niatkan untuk sampaikan sedikit sebanyak ilmu yang ada, buat yang membacanya berfikir...

btw, qilah, selamat bermujahadah! lukz for the upcoming exams! =)

rukiah mahmood dan anak-anak said...

terima kasih nadia! selamat untuk exams jugak, mg2 urusan dipermudahkan olehNya.