Wednesday 27 June 2007

exam

insomnia sejak kebelakangan ini. kak eley kata dalam tv ditunjuk rawatan aromaterapi sebagai ubat. kalau aku rajin aku akan menjengket-jengket kat farmasi.

tapi belum lagi. alasan paling munasabah- sebab aku malas. lagipun aku dapat insomnia sebab aku homesick. ubatnya mahal, perlu diimport dari mesia.

RINDU.

tadi masa naik bas ke caulfield racecourse untuk paper terakhir aku (yay!) aku menjaja duit dalam bas. (apakah?)

begini.

aku ada note 20 dollar. harga tambang ialah enam dollar tiga puluh sen (mahal nak mampus) dan pakcik bas tu kata "i have no change." maka sebagai budak yang mahu belajar berdikari, aku mula menjaja note 20 dollar aku. tapi disebabkan aku malu, aku terhadkan penjajaan aku kepada seorang saudari dari indonesia yang baru aku kenal sebelum naik bas tadi. walaupun sebagai perempuan melayu asli aku memang malu sebenarnya, tapi hidup berjaya menjadikan aku seorang yang boleh berlagak selambarock. aku berdiri, bersembang dan melayan karenah kawan tadi yang tak berapa faham apa yang aku nak cakapkan pasal berapa duit yang aku perlukan. hampir semua mata memandang kami. aku pulak buat muka seolah-olah benda itu satu rutin aku setiap kali naik bas- menjaja duit.

setelah agak-agak 7 minit 'bersembang', akhirnya aku berjaya mendapatkan sekeping note 10 dollar dan 2 keping note 5 dollar. syukur, aku pergi mendapatkan tiket. no fuss at all. aku nampak seorang perempuan ni, pun ada note 20 dollar with no change jugak, lalu argue dengan pakcik bas dan akhirnya masih gagal membayar, disuruh ambil tempat duduk dahulu. mulanya aku ingin membayarkan sekali untuk dia (konon baik la) tapi bila aku fikir-fikir, tak apa. biar dia belajar.

oh, teringat cikgu kesayanganku cher rozy, pernah berpesan, "give me a fish and i will eat for a day, teach me to fish and i will eat for a lifetime."

RINDU.

seperti biasa. pagi di caulfield juga renyai. aku sempat mamah sarapan straight-from-microwave aku- thawed breads with salami in the centre. (bunyi je gempak, k) apa-apa pun, aku bersyukur. sempat sarapan sebelum masuk dewan exam, sebab aku lapar giler tadi. sambil makan, aku perhati daun-daun ala-ala mohabbatein yang terbang dibuai angin menjauhi aku. bermacam saiz dan tona warna. teringat kata-kata Dia pasal walau sehelai daun yang gugur pun tak lepas dari pemerhatian Dia. yalah ya Allah, nak buat macam mana, dah dijadualkan exam aku di tempat judi. apa-apa pun, aku tak kisah. walau exam di tandas pun aku no fuss. kan rahmatMu di mana-mana? aku teringat kata-kata orang islam yang pernah merungut sebab exam diorang dibuat di racecourse, tempat lumba kuda, tempat judi. sampai sekarang aku tak faham kat mana relevannya rungutan itu. kemudian aku teringat pulak pasal babak dalam cerita 'lorong neraka'.
elly suriati: aku taknak duduk tempat ni mami, tempat ni tempat maksiat!
mami: bukan tempat ni yang maksiat, tapi kita manusia ni yang buat maksiat.
sebelum aku masuk dewan exam, aku ternampak kereta warna pink! (walla) siapa entah pernah cakap aku lawa pakai baju pink? (sekaligus menjadikan aku antara orang paling perasan di dunia)

RINDU.

lepas exam, aku sempat shopping kat coles (sebenarnya hujan agak lebat dan angin kuat, aku taktau nak lari mana. coles tempat berteduh terdekat) kemudian aku pun ternampak sesuatu yang berkenan di hati, lalu aku ambil. jalan depan lagi, aku ternampak lagi barang yang berkenan di mata aku. (akhirnya aku ke kaunter untuk ambil bakul). kat sana aku jumpa syazana yang satu uni dengan aku (tapi terjumpa di caulfield pulak bukan uni) dan aku tanyakan dia tentang mana nak tunggu bas. (dah berapa kali naik bas tak gheti-gheti lagi?! maaflah, aku pemalu orangnya. nak tegur syazana tu pun memerlukan motivasi yang tinggi, tau). yelah, aku main-main je. aku ni terkena sumpahan 'malas', apa semua aku buat rilek aje, bila betul2 perlukan baru aku minta tolong orang. dan dah alang-alang jumpa kan, tanya je la. tak tanya, sesat jalan. tak tanya, tak belajar. tak rasa sendiri, tak belajar. oh, aku suka belajar!

banyak benda la jugak aku beli. kemudian aku naik bas. duduk seat double sorang-sorang. apalagi, imaginasi ligat beraksi. semua bermain dalam kepala otak aku. (tapi malas aku nak cerita hehe). tadi sempat sembang sekejap je dengan mama sebab dah nak kena naik bas. aku mesej abang juga. tanya dah sihat ke. lama betul dia demam. lebih seminggu. dia kata dah dua tahun tak demam macam ni. bila check dengan doktor, doktor kata ada masalah lain. habis kena lecture dengan aku. kesian akak, mesti dia sangat risau. abang kata memang pun, sekarang makan semua yang kukus-kukus je. aku teringat abah pun macam tu juga. mama masak beras basmathi, lauk semua kukus, makanan yang mahal-mahal sebab baik untuk kesihatan. aku pesan, abang muda lagi, kesian pada akak, jangan jadi macam abah. kesian mama. abang kata dia sakit sebab Allah nak ampunkan dosa-dosa dia. aku kata memanglah, tapi siapa suruh cari nahas, makan tak jaga, rehat tak cukup? aku pesan lagi, kesian pada akak. jangan jadi macam abah.

RINDU.

sampai ke uni, aku singgah library dalam basah-basah sebab nak pulangkan buku. on the way balik, terserempak dengan kak kery. eh eh, payung dia warna pink gelap lah. cun gak.

syukur, aku selamat sampai. aku tak tahu la boleh tido ke tak malam ni. aku tak tau nak berdoa sama ada aku dapat tido ataupun tak. takpelah, kalau Allah izinkan aku tido, aku akan tido. sejak dua menjak ni, memang belambak benda berterabur dalam otak aku. sekarang dalam proses defragmentation. semenjak dapat insomnia, otak aku asyik berusaha untuk buat clean-up jek. takpe. aku redha. sebab ia perlu dan penting.

dan sekarang, banyak nama yang sedang menari-nari dalam benak aku- faisal tehrani, ruhayat X, sinaganaga, abdullah jones, saharil, fathi aris omar. dan orang-orang kesayanganku.

RINDU.

oh. exam?

aku keluar satu jam lima belas minit awal. alhamdulillah, tak ada ruang jawapan yang aku tinggalkan kosong.

4 comments:

Anonymous said...

Kenapalah pula sebut2 nama kita nih. Hari itu dah sebut sekali Fathi Aris!!!! Kemudian delete. Apalah yang tersirat tuh? Kongsikanlah dengan pembaca semua. Biar telus, kata orang la ni

whilewhiting said...

insomnia? ko mmg dpt penyakit tu bile dekat2 time exam kan. lelame ok la tu. dengan qada' tido yang cukup, insyaAllah biological clock ko akan btul jugk. chop, ader org kate qada' tido tu merepek je. anyways, kisah naik bas? menarik.. kalau ko ty ape yg akoo akan buat, maybe akoo akan turun balik. haha. or mungkin akoo akan ty org yg ak kenal je. ni ape yg akoo RASE akoo akan buat. above all, akoo pun x sure ape ak akan buat.

chop, kenape ko asek mention ko seorg yg pemalu? kenape? haha. mungkin di mata akoo ko x cmtu kut. tpi yg penting di mata ko akoo mmg pemalu.

ko mmg perasan. bukan nyer ko sorg cntik pakai baju pink. kalau la akoo pun ader time tu, mesti die ckp akoo cntik pakai bju pink jugk. jgn memain, dulu akoo ade byk bju kurung pink.
he he he (gaya gelak org tu.. x phm- cm gelak x ikhlas. :P)

speaking of bju kurung. akoo dh jrg pakai bju kurung. dulu kan ak pakai almost 24/7. (almost yerr). tpi sbb skrg koleksi bju kurung dh skit, akoo asik kene pakai baju sluar. sungguh x best. tpi sekurg2nye pakai baju la kan. but still.. nnti surh mak ak pos la.

hihihihi

mostlyepiphanies said...

eh,tak pernah pun pakai baju kurung! he he he (gaya gelak masa kini la ni anna?)

RINDU

Aku jua ada exam di racecourse!!Tapi aku menapak saja.Enggak berduit nak naik bas lagikan menjaja duit lagi.

RINDU

(tiru skill ko ni qila)

akira said...

pakcik fathi aris omar,

uiks. tekejut saya pakcik datang. aiseyh, segannyaaa...
----------------------------------
while@ana,
lah. aku kate aku pemalu x caya pulak. betul laa. tp malu aku bertempat. dan walaupun aku malu, aku akan cover bila aku tepaksa. cover tu pun senanye tanda malu jugak. haha.

gaya gelak tak iklas? uhuh. kadang2~ sekarang x sangat dah. gelak spontan + biasa jek. ehe

aku ada cakap pasal bj kurung ke??? (kompius)
-----------------------------------
aijud,

aku rasa dihargai bila ko tiru gaya aku. tapi tak kena dengan konteks la!

hahahahaha