Thursday 14 August 2008

今朝~

kepul awan putih macam dalam lukisan warna cat air yang terlebih basah, berbaris dan bergerak membentuk lapis-lapis nipis yang tenang. seekor burung kecil terbang sedikit terhuyung-hayang cuba meredah angin sederhana kuat, kemudian berpatah balik sambil bersiul-siul memanggil temannya yang hilang. daunan hijau kemerahan di puncak pokok bergoyang-goyang mengikut arah angin, tinggi dan merenjis embun ke bumi. dua ekor burung berterbangan; nampaknya burung tadi sudah menjumpai temannya. kedua-duanya terbang riang dan bebas kemudian hilang dari pandangan.

indah sangat, sungguh harmoni, dan semuanya di luar kawalan aku. betapa kadang-kadang membuatkan aku berfikir sama ada tanganku ini sebenarnya memelihara atau memusnahkan.

love me tender
love me sweet
never let me go
you have made my life complete
and i love you so


ada burung berkicau. sedikit pun kicauannya tak sumbang. sedikit pun suaranya tak mampu ditiru atau diperbaikkan- ia sudah cukup cantik dan original. sekurang-kurangnya itulah yang aku percaya. setiap ciptaan itu unik dan punya seni serta bahasanya sendiri.

love me tender
love me true
all my dreams fulfilled
for my darling
i love you
and i always will


matahari semakin bersemangat memancarkan cahayanya. meski malam tadi sangat gelap dan sejuk; kadang-kadang aku rasakan seperti ia takkan berakhir. tapi matahari terbit juga esoknya, dan esok itu telah pun menjadi sekarang. paradoks lah tu; setiap hari semakin dekat bertemu dengan orang-orang kesayangan, walaupun rindu itu makin menyakitkan.

love me tender
love me deep
tell me you are mine
i'll be yours through all these
till the end of time


kelihatan seorang lelaki yang agak tinggi berpakaian tebal separuh berlari menapak simen di tepi apartment dengan sederhana laju. mungkin sedang bergegas ke kelas. aa, kadang-kadang kita bergerak terlalu laju, kan? maka pada waktu itu bayangkanlah aku meletakkan tapak tanganku yang suam ke dadamu yang sejuk sambil memberitahumu yang aku sentiasa ada di sini bersamamu. dan ketika kau lelah kepenatan mendaki bukit, bayangkanlah aku ada di sebelahmu menunjukkan pemandangan yang cantik di tanah rata di bawah sana. iya, kau rehatku dan aku rehatmu dan kita sentiasa menyenangkan hati. untukmu yang mengajarku bercinta aku nukilkan ini, ilhamNya pada suatu pagi:

the sun is rising,
nature starts smiling,
a good day is coming,
for you it's waiting..

good morning.. ;-)

p/s: selamat menyambut hari jumaat.. ;-)

3 comments:

mostlyepiphanies said...

Banyak perkara yang boleh kita belajar daripada alam. Antara perkara-perkara yang paling saya minat ialah warna buah-buahan.

Manusia, sehebat manapun tangan mencipta, tak mampu mencipta warna seikhlas buah-buahan. Subhanallah.

selamat menyambut hari jumaat!

anamunawwarah said...

salaam
lagu ap ye ni qila
bgtau tajuk
uhu..
untuk kamu yg mengajar qila bercinta..terima kasih..
ahahaha=)

akira said...

wslm..
tajuk lagu ni love me tender by norah jones..lagu tema princess diaries 2.. :)

nape kamu berterima kasih pada org yg mengajar aku bercinta..? :)