Saturday 27 June 2009

transparensi

walaupun sebenarnya nampak keanak-anakan untuk mengejar material dan rupa, kerana semua tau itu takkan kekal, tetapi ia sangat popular. iya, mungkin sebab material dan rupa menjadikan seseorang itu popular, maka ia sangat menggiurkan. cuma..hanya dengan material dan rupa akan membawa seseorang ke mana agaknya. mungkin benar kata pujangga, untuk merasa cukup dengan sedikit adalah sukar, tetapi untuk merasa cukup dengan banyak adalah mustahil.

walaupun belum tentu aku ahlinya, tapi aku percayakan syurga. tempat di mana semua jerawat akan hilang, rambut takkan kusut masai maka tak perlu disikat, dan paling penting tak perlu mandi untuk menghilangkan daki.

alangkah gembiranya. dan jika benar michael jackson sudah masuk islam, mungkin dia sedang merasakannya sekarang, walaupun beberapa tahun dahulu, seluruh dunia mencacinya dan orang islam memanggilnya laknatullah sebab melakukan pembedahan plastik.

iya dia juga mahukan kesempurnaan rupa mungkin. kemudian dengan segala kontroversi yang dialaminya sepanjang hidupnya, jika benar dia muslim maka Allah memang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

maka Tuhanku, canaikanlah hidup kami sesuka keinginanMu bukan sesuka keinginan kami, asalkan Kau berikan kami penghujung yang baik. kerana aku bukan lah sangat berpengetahuan sepertiMu.

ameen.

p/s: aisyah dpt no 3 batch kt tkc. gler tul makcik tu. bek, ak pn nk wat gak. yosh, berusaha!!!

No comments: