Sunday 29 November 2009

menjamu selera di rumah org afghanistan

time raya haji hari tu aku ngan safia g makan kt rumah kawan afghanistan aku. setiap tahun dia mesti ajak aku makan kat rumah dia. disebabkan kitorang pegi awal (ingatkan pegi awal dapat la balik awal, rupa2nya smpai plg awal balik plg lmbt sebab dia yg amek hantarkan kitorang) maka kitorang dpat merasa makan breakfast dan tengahari dan dessert dan minum petang. haha~~

2012 afiq kata akan berlaku perang. bukan, bukan tahun 2012, tapi 20disember ni. kiranya lagi 21 hari. pakatan2 akan mula melancarkan serangan, terhadap..terhadap..aku...sob2..kenapalah nasibku macam ni..walau papepun ku tetap takkan mengaku kalah!! yeahhh!

tapi papepn senanye nak cite pasal makanan afghanistan. yang paling obvious ialah sedap, lembut sebab lama dimasak dan unik. sedap sebab macam-macam pilihan dan rasa, dan tak pedas so aku boleh makan banyak-banyak. hehe~

lembut, contohnya daging ayam dan kambing dia memang lembut, kentang pun lembut, nasi tak melekit dan siap ada dua pilihan, kaler kuning dan hijau. dua-dua sedap; so aku letak dua-dua jenis nasi dalam pinggan.

unik sebab lain dari masakan melayu, org afghanistan tak guna santan, diorang banyak guna rempah, herba dan suka sangat makan kekacang. cardamon (tak sure ape nama dia dlm bhs melayu) yang selalu kita letak dalam nasi briyani atau ns minyak, diorang kisar halus dan campur dalam teh atau susu. sedappp~~ aroma pun best..nak hadam pun senang. lemak pun tak banyak. sebab tu aku suka..hehe~

lepas tu budaya diorang pun sangat lain. kat afghanistan, tetamu dilarang bawak makanan ke rumah tuan rumah. lain kan macam kita, suka buat pot luck, suka tukar-tukar juadah etc. tapi bagi diorang kalau tetamu bwk buah tangan tu menandakan makanan diorang tak cukup, seolah-olah tetamu tu cakap 'kat rumah awak takde makanan ni, so saya bawak'. ia seperti satu penghinaan.

lepas tu, tuan rumah WAJIB greet setiap orang yang datang rumah diorang waktu diorg datang dan pulang. kalau tuan rumah tertinggal mengucap walau seorang pun tetamu, seminggu kemudian mesti akan tersebar cerita bahawa ada orang yang kecil hati sebab tuan rumah tak menyapa dia. kat malaysia kan lain, time open house semua orang datang pergi, kadang-kadang sampai orang yang tak dijemput pun datang makan kan? hehe~~ kawan afghanistan aku cakap bila dia pergi rumah open house kawan dia yang dari singapore, dia terkejut sebab kawan dia relax je duduk kat dalam rumah padahal orang keluar masuk.

lagi satu, tetamu takkan makan selagi tak dijemput tuan rumah, dan takkan tambah selagi tak dijemput tuan rumah, dan tuan rumah takkan duduk diam walau sesaat sebab nak memastikan semua tetamu dilayan dengan sebaik-baikkkkknya. kawan aku cakap, kalau seorang tetamu tu makan tanpa dijemput, semua orang akan fikir yang dia tak makan seminggu, sebab tu dia tak sabar-sabar nak makan. tuan rumah pulak kena sentiasa pastikan semua orang makan banyak, bila dia nampak seorang dah nak habis makan dia akan offer lagi suruh tmbah, dan kalau dia perasan tetamu tu tak makan banyak dia akan offer untuk sediakan makanan lain. penat giler jadi tuan rumah. kawan aku cakap bila dia dtg rumah adik dia pun keluarga dia dilayan macam tu. sampaikan, anak-anak dia pun ditidurkan oleh adik dia. dia tak buat ape-ape pun, just makan, makan, makan...huhu~~ bahaye ni..

tapi best dpt belajar pasal budaya orang. cuma sedih bila dengar tentang kehidupan terdesak orang2 afghanistan; disebabkan perang antara taliban dan US negara diorang kucar-kacir. sekolah semua tutup, budak2 perempuan umur belasan tahun dah kahwin. kawan aku tu kahwin umur 18; ayah dia kena kahwinkan dia dengan lelaki yang padan dengan dia, tapi dia tak kisah sangat, sbab kalau tak, orang-orang tua kaya yang jahat akan mintak untuk kahwin dengan prmpuan2 muda. lepas kahwin dia berhijrah ke australia. kawan aku cakap ade je budak perempuan umur 12 tahun yang masih main anak patung, tiba-tiba disuruh duduk atas pelamin dan ditunjukkan pada lelaki berjanggut kat sebelahnya yang 'itu suami awak'. tak ke gila? keluarga yang sanggup jual anak perempuan sendiri disebabkan kesempitan kewangan.

apa-apa pun sama-samalah doakan semoga perang di afghanistan berakhir cepat dan negara itu jadi aman. insyaAllah ameen. kawan aku cakap dia teringin nak duduk malaysia, nanti boleh aku cadangkan dia bukak restoran afghan satu. yummmyyy!! =)

2 comments:

mostlyepiphanies said...

Ameen for the last paragraph. Baru haritu aku baca pasal situasi sekarang kat afghanistan.Ramai pejuang2 taliban yang terperangkap dalam situasi. Diorang bukan berlawan untuk ideologi pun, diorang lawan untuk hidup, sebab kalau tukar sides support kerajaan (i.e. dapat job opportunities, support for family) nanti family sume kena bunuh dengan puak sendiri.

Ayat xleh blah:
"lemak pun tak banyak. sebab tu aku suka..hehe~"

Haha!

akira said...

owh..so sad..huhu~

eh, but btul lah aijud! haha~ nanti aku blek sume nk sumbat..i hv to b prepared! hehe~