Sunday 17 June 2007

tanpa tajuk yang bukan klise

entri ini bertujuan untuk menjatuhkan saham aku di hadapan lelaki-lelaki macho dan hensem. hahaha. (rujukan: 2 peristiwa pertama)



di hari abah ini, aku teringat lima peristiwa. dua peristiwa angker, dua peristiwa jiwang karat seorang anak perempuan comel (akulah tu) dengan abahnya yang juga comel, macho, hensem, segak bergaya, kacak, tinggi...(and the list goes on) sape kutuk abah aku lepas ni aku takkan sepak atau ludah muka korang. tapi kita akan setel di akhirat ok. (sangat berhemahnya aku)

oh ya. untuk peristiwa kelima, tiada komen.



peristiwa 1:

aku rasa kisah ni masa aku darjah satu kot. kat kampung. ada something yang aku tak puas hati, tapi aku tak ingat apa. aku rasa aku kena marah dengan abah. aku menangis dan lari ke dalam bilik. aku tak tutup pintu sebab bilik tu gelap, aku takut. tiba-tiba opah datang nak pujuk aku. aku tak mahu, jual mahal dan tolak pintu, tak bagi opah masuk ke dalam bilik. disebabkan keagresifan aku, jari opah tersepit di celah pintu. opah menjerit sekejap. abah dengar. belum sempat aku mintak maap kat opah, abah tolak pintu dengan perkasanya (kudrat orang lelaki kan, kadang-kadang menakutkan aku) kemudian satu pelempang hinggap kat pipi aku. toksah la aku cerita lagi ape jadi lepas tu.



peristiwa 2:

aku tak tahu apa perasaan abah masa ni. sebab dia tak lempang. mungkin sebab belum apa-apa lagi aku dah menangis. ataupun abah pun rasa seriau dan takut jugak, tu pasal dia tak pukul aku. kalau tak silap aku ini kes masa aku darjah satu atau darjah dua. kat kampung jugak. rumah opah aku tersergam indah kat atas bukit yang tinggi, nak naik ke rumah kena naik bukit yang agak curam. bukit ni kalau nak buat stan untuk bicycle ride memang sesuai lah. aku sampai sekarang gayat nak turun bukit tu dengan basikal. curam sangat. dah curam, bukit tu terus tembus sampai jalan. kiranya, kalaulah ada kereta yang tak cukup power untuk naik bukit tu, kereta tu akan gostan dan terus menjunam ke jalan raya. siot seriau. aku setiap kali balik kampung mesti baca doa masa nak naik bukit tu. masa naik bukit, semua orang dalam kereta akan senyap dan kaku. bergerak pun tak, sebab cuak giler. (waahhh panjangnya aku cerita pasal bukit) oklah. suatu petang yang damai. aku dan adik kedua aku main-main dalam kereta Datsun 1000 abah berwarna merah metallic (antik woo kereta nih, kalau aku tak masuk sbp aku pandu kereta ni ke sekolah menengah convent tiap-tiap hari hehe). abah parked kereta tu depan rumah opah (obviously atas bukit kan). tiba-tiba aku terpegang gear (sebenarnya aku tak tahu apa yang aku buat tapi) kereta tu bergerak. perlahan-lahan....tahu ke arah mana? ya anda betul!!! ke arah nak turun bukit. aku menjerit macam orang kena histeria. abah dengan kagetnya (tapi tetap perkasa macho muka macam superhero kalah ultraman) melompat ke kereta, hampir-hampir kereta tu menjunam ke bawah bukit. abah berhentikan kereta tu. alhamdulillah. (kalau tak mungkin aku tak dapat tulis entri ni sekarang) abah marah-marah tapi marah yang diam (macam mana ye? dia macam nak marah sebab aku dengan adik aku main kereta tapi dalam masa yang sama dia tahu kami masih kecil, KOT. sebab aku tak tahu apa sebenarnya yang dia fikir masa tu) tapi dia bagi kami pada mama. kami menangis giler lah. huhu.



peristiwa 3:

ini adalah combined stories. dalam banyak-banyak babak abah mengisi hidup aku, aku paling ingat, masa tu aku darjah tiga dan aku tertidur di ruang tamu. abah angkat aku (macam yang hero selalu angkat awek diorang dalam filem, cumanya kami lagi kiut sebab abah tinggi melampai dan aku kecik metot) dan letak aku atas katil. aku terjaga sekejap tapi sebab aku tahu yang angkat tu abah, aku sambung tidur dan malas bukak mata (karang kena jalan sendiri masuk bilik, dah tak romantiklah lagi kan hehehe) ada jugak masa lain abah layan aku masa tidur, tapi selalunya mama yang teman aku tidur (sampai sekarang).


peristiwa 4:

masa tu mama baru lepas lahirkan ahnaf, anak no 6. jadi mama masih di hospital. pagi subuh tu, abah kejut aku. lepas solat subuh dan mandi, abah panggil ke luar (kat luar ada satu laman dari simen khas untuk basuh baju, bersambung dengan dapur) sambil bawa buku tatabahasa bahasa inggeris. kami duduk atas stool (kerusi kecik). masa tu abah pakai kain pelikat dan tak berbaju. nampak rangkanya yang kurus tapi sangat kuat itu. kemudian bila dia memberus baju, dia suruh aku baca buku inggeris tu sebelah dia. aku masih ingat satu perkataan yang aku baca depan dia- several. sebab mulanya aku ingat several tu untuk seven, hehe. kemudian ada lagi, perkataan a few dan sebagainya. suasana subuh pagi tu sangat tenang, aku dengan abah, yang lain semua masih tidur. abah sedang berus baju dan aku membaca buku bahasa inggeris. kiranya sambil memberus baju, abah mengajar aku jadi pandai.


peristiwa 5:

ini masa aku darjah 5. dua hari sebelum abah meninggal. seperti biasa, abah akan ambil aku dari sekolah. bila dah bunyi loceng, aku pun berjalan ke tempat abah selalu tunggu untuk ambik aku balik dari sekolah. selalunya, kitorang akan singgah kat kedai yong tau fu dan beli perisa pandan (faveret abah), perisa gula hitam dan yang biasa (air gula putih). aku tak tahulah ada lagi ke tak makcik yang jual yong tau fu tu. dia memang kenal kitorang sebab kitorang selalu sekali beli banyak-banyak. maklumlah, keluarga besar. jadi di hari Rabu yang panas terik itu, aku dah nampak motor RZ abah dari jauh, tapi yang peliknya aku tak nampak abah. aku pun mencari-cari, mana abah? takkan dah tinggalkan aku kot? aku memang yakin itu motor abah (takkan tak kenal kot kan) makanya aku jadi semakin hairan. tiba-tiba abah muncul dari belakang pokok, dan cakap "cakkk!!!" sambil buat muka seronok puas hati dapat kenakan aku. tergelak besar aku dibuatnya. macam mana la aku tak boleh nampak kelibat abah kat belakang pokok tu. haha. lepas tu, kitorang singgah kedai kasut sebab aku kena beli kasut hitam (pengawas, chewahhh). bila dah pilih kasut dan sementara pekedai tu nak bungkus kasut baru aku, abah kata pada aku, "yang ini last ek, lepas ni abah takkan beli lagi kasut untuk aqilah." aku protes. "eh, mana boleh, tahun depan kan ada lagi, kena beli kasut baru, takkan tak beli kot." aku buat muka manja tak puas hati. tak faham apa-apa.


abah. abah. abah. (i'm speechless, sorry)

5 comments:

whilewhiting said...

akoo penah pristiwa 2 ngan lima tu.. hehehe. best kan ingat memori lame. akoo ader satu yg paling significant yg akoo ingt time kecik. akoo slalu pegi minum cendol ngan ayah akoo kat stall tepi jalan. mase tu tadika kut. kitrg beli pastu makan dlm kete. best2
nak makn cendol...

rukiah mahmood dan anak-anak said...

wowwww...cendol. teringat opah ak kat kampung. balek kampung ari jumaat ada pasar minggu, buley beli cendol. hikhikhik. cendol yang mcm slurpie, sedap dislurp macam spaghetti. yum yum

oOoo ko pun penah experience peristiwa 2 ek...hehehe. siapa kata aku xpenah bawak keta? hahahahaha

whilewhiting said...

eh bukan penah experience... tpi penah dgr.. trslh taip maa... haha

mostlyepiphanies said...

Aku jua ada ceritera bersama abahku!!
Dulu waktu kecil,aku selalu lenguh2 dan sakit kaki,kadang2 waktu tidur terjaga sebab sakit.

Kejut abah,abah akan tolong urutkan kaki ku.Eeee,sayang abah! Bila darjah enam,nak masuk asrama,bimbang takut2 nanti sakit kakiku,siapa mahu tolong picitkan?terbayang kalau asrama di perlis ke,johor ke,takkan nak kejut abah malam2?

Sakit kaki tu masih ade kadang kala marcapada ini,cuma x perlu kejut abah (maklumlah,dah besar panjang).Tapi,siapa boleh lupa kisah dengan abah??

rukiah mahmood dan anak-anak said...

while @ ana,
oaoaoo...rekod tercipta lah aku ek! usia 7 tahun dah bawak keta hehehe

red @ aijud,
ya. sesiapa sahaja yang berkesempatan, pasti takkan lupa pada ayahnya...