Sunday 23 March 2008

awal cuti easter

4.08 pagi.

sejak 10.30 pg tadi. kemudian aku exercise; sampai di penghujung semasa warming down aku tersedar yang sakit tonsil aku semakin kurang. melihat ke luar tingkap dan senyum.

orang kata aku obses dengan kekurusan. mama marah sampai warning. ada orang kata nampak kurus sangat. orang rata-rata rasa aku makin kurus.

aku rasa aku dah boleh baca body aku dengan lebih baik.

lebih kurang pukul 1 ptg kami ke chadstone. aku mengidam sushi. pekerja kedai sushi seorang lelaki cina malaysia yang juga belajar di monash uni tu tegur aku. 'its been ages since you last came here.' wow. dia rindu aku rupanya. baru sekali dua jumpa aku semasa beli sushi tetapi nampaknya dia dah ingat muka aku. yep, hepi. dia agak hensem.

dan kemudian minum air red pearl milk tea sambil jalan-jalan dan beli barang. dalam banyak-banyak tempat shopping di melbourne, aku paling sukakan chadstone.

lepas ke chadstone dan balek rumah, kami berjalan kaki ke rumah bebudak marshall rd. makan di house warming diorang. jumpa ramai orang. makan itu ini. yang paling best- aku dapat tengok-tengok, main-main dan belajar tentang bakal kekasih aku.

dslr. d40? d60? d80? tengok rezeki. terima kasih atuk sebab buat peringkat awal ni ajar aku tentang nikon. pc fair, nantikan aku. eh silap. dslr nikon, nantikan aku.

kemudian dari rumah marshall rd terus ke kolam renang. sedikit tunjuk ajar dari kak kery plus ekstrak-ekstrak dari experiences lepas, aku mula pandai berenang. belum pandai, akan. insyaAllah. nanti boleh belajar tunggang kuda dan memanah pulak. insyaAllah.

balik dari berenang dan makan pizza. ada lagi separuh yang aku belum habiskan. buat sarapan pun oke gak rasanya. sambil makan chips smith perisa thai sweet chilli, aku tengok filem frida.

padahal time tu dah pukul 2 pagi. entah kenapa aku belum mengantuk. dan larat tengok frida lakonan salma hayek itu sampai habis. kalau bukan sebab aku asyik terdengar-dengar nama frida yang faisal tehrani masukkan dalam novel 1515 nya, terbayang-bayang frida yang saharil pernah tulis dalam blognya, dan terbaca nama frida dalam beberapa penulisan orang-orang yang aku kagumi, pasti aku dah tukar channel lepas lebih kurang 10 minit aku tengok cerita tu.

frida. frida. emm. mama selalu cakap 'survival abilities of human selalu melebihi apa yang kita boleh bayang dan jangkakan'. kadang-kadang aku sendiri takut dengan diri aku yang realist. tahu yang aku boleh pergi jauh, sangat jauh sehingga aku takut aku tak ada tempat untuk balik. maka Tuhan, selamatkan aku. selamatkan kami. sebab aku tak sekuat frida kahlo.

kemudian aku makan anggur hijau pulak, nak balance kan dengan pizza dan chips yang aku makan sebelum tu. mama pernah pesan, makan jangan tahan-tahan, makan banyak takpe tapi lepas tu top up dan balance kan dengan sayur dan buah. masa exercise pagi tadi, instead of selalunya jogging non-stop maksimum 15 minit macam selalu, tadi berjaya buat hampir 20 minit, maka aku rasa hepi. baru teringat; malam tadi aku makan agak banyak. ia buatkan aku sedar, nampak dan percaya- aku perlukan tenaga untuk exercise.

dan lepas makan anggur aku minum dalam 2 cawan air kosong. mungkin saja aku akan berjaga sampai subuh. esok ke mornington peninsula pulak. nak escape boleh?

No comments: