Sunday 23 March 2008

terima kasih

pernah terfikir kadang-kadang kenapa dunia ni dipenuhi dengan ramai orang yang baik-baik, sehingga ia menyakitkan?

yang kadang-kadang kita bukan sahaja belajar sesuatu yang menyakitkan dari kesilapan dan keburukan tetapi juga dari sesuatu yang menggembirakan?

yang kadang-kadang sesuatu yang sangat kita sayang seperti berada terlalu jauh dari kita dan selalu membuatkan kita kelu?

yang kadang-kadang kita bukan terpaksa buat pilihan antara satu yang baik dan satu yang tak baik, tetapi terpaksa buat pilihan antara dua benda yang sangat baik?

tak apalah ya Allah. buatlah seperti mana yang Kau mahu. aku hanya minta supaya semuanya berakhir dengan baik. ameen.

No comments: