Saturday 1 March 2008

saya tak reti tulis ni..saya tulis pelan-pelan oke?



saya ada ramai orang kesayangan. tapi saya selalu takut nak beritahu mereka yang saya sayang mereka.

suatu hari saya lihat mereka marah-marah. dan mereka tak happy. dan mereka tulis ayat-ayat yang tak best. eto..macam mana saya nak cakap ek? ayat-ayat mereka tu, seolah-olah ada orang sudah menjahati mereka. yang mereka tak percayakan sesiapa lagi. yang mereka rasa seperti sudah putus harap dan senang baran. mood mereka selalu tak baik, dan mereka layan semua orang lain macam sampah. termasuk saya, walaupun mereka tak sedar itu. kerana mereka fikir bila seorang sudah menjahati mereka, mereka sudah tak percayakan sesiapa lagi, bencikan dunia dan seluruh isinya. seperti sudah hilang semua kebaikan atas muka bumi ini. seolah-olah mereka keseorangan, seolah-olah..seolah-olah..saya rasa seperti..macam..saya yang sudah menjahati mereka. kerana sekali mereka membenci dunia, mereka juga seperti membenci saya. kerana apa yang mereka tulis, apa yang mereka cakap, apa yang mereka buat, terbias juga pada saya, walaupun saya bukan punca masalah.

atau adakah saya punca masalah? saya tak layan mereka cukup baik kah? saya tak ada semasa mereka susah kah? saya tak dapat bersama mereka semasa mereka menangis kah?

mama selalu cakap, saya tak salah. yang saya bukan lah punca masalah. tapi kenapa mereka buat saya macam ni? kenapa mereka buat diri mereka macam tu? saya sayang mereka, dan saya tak nak mereka sedih dan fikir negatif tentang dunia. sebab walaupun dunia ini busuk, saya yakin kita boleh wangikan nya. saya yakin Tuhan boleh wangikan nya. kan Tuhan tu banyak magik. kan?

kamu marah kan sayakah? kalau kamu marahkan saya, saya minta maaf. saya tak pernah berniat nak sakitkan hati kamu. tapi saya harus akui, saya tak mampu jadi harapan untuk semua orang. saya juga manusia, kalau saya berusaha penuhi harapan semua orang, saya pasti mati sebabkannya.

saya tak pernah menulis macam ni. sebab selalunya pun, kalau saya marahkan seseorang, saya tak sebarkannya pada dunia. sebab saya tahu, di luar sana ada orang yang sangat-sangat sayangkan saya dan tak mahu lihat saya sedih, marah atau baran. sama macam orang-orang itu, saya pasti kamu juga ada ramai orang yang sayang kamu dan tak mahu lihat kamu sedih, kan? saya juga salah seorang dari mereka. jadi usahlah menulis tentang kemarahan, kamu buat saya jadi sangat takut. kita hadap ia perlahan-lahan oke? dan usah putus harapan juga, sebab Dia banyak magik. menangis selalu pun tak apa, itu lebih baik dari menulis tentang kemarahan. usah sumpah seranah orang walaupun dia berhak mendapatnya, sebab bila kamu marah kamu tak hensem dan cantik lagi. bila kamu pinggirkan dunia, pasti dunia akan pinggirkan kamu. kemudian kamu pasti akan jadi lebih marah dan cepat tua. sudahlah, jangan marah-marah lagi oke? oke?

2 comments:

Lexy Rollo said...

kenapa aku macam terasa ha?

Mesin Kata said...

tapi kan...
tapi kan...
tapi kan...

dah dia nak tulis mcm tu.
nak buat cmne kan?

mesti die ada perancangan lain.
btol x?

ngeh~