Monday 31 March 2008

soalan tentang cinta

seorang kawan bertanya:

"Betul ke cinta itu buta? Hmmm..Jangan disalahkan cinta itu kerna yang buta itu orang yang bercinta. Buta menilai kekurangan yang ada pd pasangannya, yang dilihat adalah keindahan, yang dirasa adalah kebahagiaan dan kerinduan, yang ditutur dengan penuh kelembutan... Itulah manusia kabur dlm cinta.. bile masa pulak cinta itu celik? dan bagaimana sifatnya..can xplain it? =)"


jawapan saya:

"salam.

ada pepatah kata, cinta tu tak buta, cuma dia tak melihat. semua manusia ada kekurangan, ada kelebihan. cinta. keindahan itu dingin, kebahagiaan itu sentiasa diduga, kerinduan itu menyeksakan, kelembutan itu tangisan. manusia yang sanggup hadapi semuanya ni, adalah manusia yang sanggup sakit sebab cinta. orang yang betul2 cinta akan sedar, betapa lemahnya dia dalam berusaha, betapa kecilnya dia dengan takdir Tuhan. cinta melahirkan manusia kuat yang sentiasa merendah diri. yang sentiasa mahu memberi tapi sangat malu untuk dibalas. cinta melahirkan manusia yang selalu bersyukur dan menghargai setiap kelapangan dan peluang yang Dia beri, cinta mendatangkan ketakutan dan harapan. cinta membuatkan manusia jalan terus, walau macam mana berliku pun laluannya. sambil merasa setiap cubitan, menadah setiap titik tangis, mengira setiap langkah. dan sambil itu dengan cinta manusia belajar, mungkin, dia tak akan dapat semua yang dimahukannya, tapi Tuhan itu sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya. maka, walaupun dia tak tahu apa akan jadi pada masa depan, dia akan cuba hargai dan jaga apa dia ada sekarang ini, serahkan semua yang lain kepada Tuhan, jangan sekali-kali putus asa dengan apa yang dia percaya, dan yakin dengan kasih sayang dan rahmat Tuhan. tak kiralah sehina mana pun dia. tapi jangan tanya saya kenapa manusia mencinta, sungguh saya tak ada jawapan untuk itu. cinta hanya terjadi. tiba-tiba terjadi. suatu magik Tuhan yang saya sendiri tak faham bagaimana Dia lakukannya.

hehe. itu bagi saya lah. :)"

1 comment:

Anonymous said...

isk3..
mcmnya kamu lebih memahami cinta itu lbh dari aku yg pernah mengalami..hehe
ngee~~
xpela qila..aku skng ngah addicted ngan cinta yg lain..
cinta mati ni!
cinta yg aku hrp pengakhirannya syahid..
qila,mcm yg kamu selalu kata..
doakan aku dan kamu sama2 masuk syurga!
ameen..
-anamunawwarah-