Friday 4 April 2008

rais arshad bin amir jamalullail

seems like ages since i last wrote. anyway.

sekarang sedang lapar. 6 setengah main2 dalam kepala. pukul 6 setengah makanan akan sampai lah. hari ni makan sedap. yes yes. aku suka. alhamdulillah. dan semester ini, so far, studies are doing great. bumps were on the way, but still i managed to finish good. alhamdulillah dan alhamdulillah lagi. thanks ya Allah. suka sangat. tapi aku belum puas. aku akan terus meminta dari Kau yang tak pernah kedekut :)

dan semalam tipon mama lagi. setiap kali tipon rumah mama ajak balek mesia for good dan usah belajar lagi. sebab dia kata anak dia ni manja sangat tak boleh pisah dengan dia lama2. lepas bagi salam je terus 'ni apehal ni x de keje dah ye? tu lah sape suruh fly kan dah homesick padan muka. dah la dah la balek mesia je la duduk ngan mama ni'. emm. kalau tipon selang 3 hari tu namanye rindu ke? emm. paham2 je lah.

sebelum tu aku sembang dengan acu umurnya 9 tahun 6 bulan.

"sedap ke nasi goreng kampung tadi?" aku.
"emm. bagi rais tak sedap. sebab rais termakan cili padi. warna hijau. pedas."
"haha. ade-ade je. camane la boleh termakan cili padi. haih."
"rais ingatkan itu kacang panjang.."
"habis tu kamu minum banyak-banyak air la ek?"
"tak. mama beli biskut yang tengah dia ada perisa anggur. manis. jadi rais makan tu. lega lah pedas."

budak kecik tu dah ada karakter. sangat prominen sampai mengingatkan aku pada seseorang. bila aku cerita kat mama, mama extended cerita tu.

"aah. memang lah si rais tu. tau je lah perangai dia. mat lempeng."
"mat lempeng?"
"die tu suka sangat masak lempeng. masalahnya, dia assume semua orang pun suka makan lempeng macam dia. jadi setiap kali dia masak lempeng dia masak banyak gile untuk semua orang. last-last orang muak, tak makan lah."

gelak gile aku. terbayang acu terkedek-kedek masak lempeng atas api panas berdiri atas kerusi sebab die pendek.

"bagi dia lempeng dia tu lah paling sedap kat dunia ni." mama.

"haha. perangai budak tu. best sembang dengan dia. akal dia matured, bijak cakap pulak tu. ade je cerita dia." aku. mama sambung cerita.
"skali tu cikgu dia cerita pada mama. satu hari bila cikgu dia masuk kelas papan hitam tu kotor entah sape conteng. jadi cikgu pun marah-marah kat satu kelas. lepas tu cikgu tu keluar sekejap. bila dia masuk balek dia tengok papan hitam tu dah bersih. so dia tanya lah siapa yang bersihkan. budak-budak pun jawab 'rais' dengan entah sape lagi kawan dia. cikgu pun kagum; tak sangka budak ni tau pulak pikir, tak mau cikgu nya marah-marah dalam kelas."

emm. aku teringat skali time aku balik dari kolej kalau tak silap. kat rumah, sama-sama adik beradik buat keje sekolah. sorang adik aku ambik pemadam aku tak mintak izin. tak pasal-pasal kene marah dengan rais. "eh tu pemadam siapa tu? pemadam yong kan? bagi balik." sampai aku terpaksa cakap "eh tak pe tak pe. nanti dah guna letak balik ok." adik bongsu yang protective sungguh.

dan skali bila aku telefon, dia tanya pasal krs. dia cakap lah 'yong rasa krs macam mana? oke tak? rais nak masuk krs tapi baju dia mahal.' lepas tu cerita macam-macam pasal kawad lah, baju dengan seluar krs lah, tanya itulah, inilah. jadi aku kena tanya pada orang yang lebih expert pasal krs, especially bila dia tanya "'dia' masuk krs kan?" aku tak sangka, budak darjah 4 pun fikir bukan calang-calang pasal keputusan nak masuk krs ke tak.

mama cerita lagi. "dia tu lah yang tido paling lambat. sampai mama pun terpaksa tidur lambat sekali sebab melayan dia. banyak soalan sungguh. penah skali dia tanya 'mama rais rasa bila rais sembahyang setan kacau lah.' mama jawab lah 'kamu baca surah qul a'u zubirabbinnas tak?' dia jawab 'tak.' mama cakap lah 'patutlah kamu kene kacau setan. orang lain kali sebelum sembahyang tu baca surah tu dulu.' kemudian dia tanya lagi, tanya lagi sampai mama kene cakap 'dah la tu rais. esok-esok lah mama nak tido ni..'"

rais, rais. sangat mengingatkan aku pada seseorang. yang sangat-sangat aku sayang. yang sentiasa peka dengan alam sekeliling, dia kenal diri dia siapa, bijak fikir, akan usaha untuk dapatkan apa yang dia cakap dan dia nak, sukakan perhatian tapi tak mengangkat diri sendiri untuk tarik perhatian orang. bijak tackle keadaan. sensitif, lembut, protective. suka bercerita, suka jujur dengan apa yang dia rasa, berani suarakan perasaan. suka mengusik tapi bukan untuk menyakitkan hati. nak marah pun tak jadi, sebab dia selalu betul. ramai akan jatuh cinta padanya nanti. dan aku pula akan jadi antara manusia paling bertuah yang dicintainya. ameen.

p/s: selamat menyambut hari jumaat ;) and happy birthday untuk adik aku no 6 yang pemalu, zawir harrazz bin amir jamalullail. senyumnya menggoda. duhh. mg panjang umur murah rezeki dan sentiasa dalam sayang Allah selalu. semalam time aku kal dia dah boleh teka kenapa. semoga bijak selalu ;)