Friday 25 April 2008

sensorang? ehe..apelah mama ni..

eeto.

dan disebabkan semalam mama pegi cc sebab dia nak tengok friendster aku.

jadi aku bagi email dan password, kemudian mintak dia delete afterwards, sebab aku tak nak orang lain tau.

dia komen banyak gak gambar aku. tapi ada satu yang buat aku agak tersentuh, bila dia komen gambar aku dengan pelangi dan nampak kereta banyak-banyak lalu-lalang. dia komen,

"klu tak pk ada cameraman, pasti ingat anak ma sorang2 duk ctu"

emm. mungkin aku memang tak suka tangkap gambar ramai-ramai, unless dengan orang-orang yang rapat. bagi aku cantik gambar tu akan hilang kalau tangkap gambar beramai-ramai, hilang fokus (aku kan watak utama heheheh), dan jadi serabut, unless gambar tu ada cerita yang dia nak sampaikan secara figuratif.

dan memang selalunya aku jarang dapat tangkap gambar dengan orang-orang kesayangan aku. bila jumpa mereka semua benda jadi lupa. emm.

apa-apa pun. aku balas komen mama,

"jangan risau anak mama tak ape2 die kuat..lagipun ramai org sayang dia :) especially mama nye tu..hehe"

cukuplah untuk counter attack effect. kot.

p/s: selamat menyambut hari jumaat ;)

No comments: