Friday 18 April 2008

yang menyenangkan hati

dan pagi tadi bangun lambat. something happened last night, dan aku dapat nightmare lagi. dah lama tak nightmare. sambil kelam kabut tukar baju dan bawak apa yang patut, aku fikir-fikir sama ada akan sempat kah atau aku akan disuruh ke seminar lain.

seminar nihongo.

cuba berjalan secepat mungkin. seorang mat saleh yang berbadan besar berjalan mendahului aku. gayanya lepak aje, tapi sebab langkahnya besar aku tak dapat potong dia walaupun aku rasa dah mengah berjalan.

"im so sorry. can i still join the class?" dan aku separuh lega bila ishida sensei masih bagi aku masuk seminarnya. dan lepas sedikit kelam kabut menyalin apa yang dah dia tulis atas whiteboard, aku sedikit-sedikit semakin tenang.

ishida sensei sayang aku. dan dia acknowledge aku sebagai student faveretnya. suara aku perlahan dalam kelas tapi dia masih dapat tangkap apa yang aku cakap. aku segan dan bodoh sikit dalam hal-hal meng-express apa yang aku rasa, tapi dia bijak baca maksud aku dan beri respon yang sangat baik.

tadi dia terlanggar wayar sampai hampir terjatuh. aku terkejut dan perlahan cakap 'kiotsukete'. dia perasan dan dia cakap dengan senyuman 'arigatou'. dalam kelam kabut yang masih berbaki tu, aku sempat cakap pada diri sendiri 'dengar aje' sambil rasa sedikit terharu. sebab minggu ni kami tak ada lecture, jadi kami tak maklum apa kami akan belajar dalam seminar nanti. dan sebab pelajaran makin susah, maka seminar tadi agak kelam kabut. banyak benda kena catch up.

syukur sense of humour kami masih ada. jadi semua orang tak tensyen. ishida sensei, ishida sensei.

dan tadi aku hanya bawak textbook, tak bawak workbook. orang sebelah kanan aku pun sama. mula-mula aku ingatkan nak kongsi dengan orang sebelah kiri aku, tapi kemudian ishida sensei bagi aku dan orang sebelah kanan aku pinjam workbook dia. dengan sedikit malu aku cakap 'arigatou'. ishida sensei ingatkan kami semua lepas ni mesti bawak workbook. ya, ya aku akan bawak insyaAllah. ya, ya lepas ni malam before kelas aku akan prepare.

dalam kelam-kabut itu ishida sensei masih ingat aku. dalam kelam-kabut itu aku masih teringatkan orang-orang kesayangan aku. especially bila tadi kami belajar tentang bulan kelahiran. macam cher rozy cakap, 'no matter how busy life is, the heart always finds a space for people it cares..funny ey..this matter of the heart'. yeah cher, i guess so.

terima kasih, Tuhan. Kau sentiasa menyenangkan hati. selalu datangkan orang-orang kesayangan aku yang juga menyenangkan hati.

maka aku mau. aku mau jadi..yang sentiasa menyenangkan hati juga. ameen.

p/s: selamat menyambut hari jumaat.

2 comments:

Mesin Kata said...

amin.

sy pun nak jd cmtu gak.
disayangi dan menyayangi.

mostlyepiphanies said...

Aqilah,terima kasih wishkan birthday ku!Semoga kamu juga dalam sayang Allah selalu!

Aku juga mahu ambil elective language juga rasanya!