Sunday 13 April 2008

tukar

macam cikgu english once said, 'save the best for the last'.

our last activity yesterday was hill climb. group kami kena daki bukit yang cerun sambil ambil 4 weather data sepanjang jalan naik dan turun bukit- dry temperature, wet bulb temperature, relative humidity and pressure. dari data yang kami collected tu, lecturers kami akan buat graphs kemudian present pada semua students, untuk compare data sebenar dengan forecasted weather occurences.

kami jalan waktu malam, 5 orang dalam group dengan torchlights dan sejuk. started climbing lebih kurang pukul 625 malam. the hill was so steep. kecerunannya dalam 17 degrees. masa daki, aku bawak beg yang agak berat. separuh jalan, seorang kawan aku, scott, volunteered untuk tolong bawakkan. sampailah kami habiskan track tu dia bawakkan beg aku. separuh jalan je aku dah pancit. geram; aku ingat aku semakin fit. aku rasa kasut aku tak cukup kuat dan bergetah tapaknya. banyak kali aku hampir tergelincir ke belakang. banyak tenaga aku guna untuk tahan kaki aku dari tergelincir. sedih lah jugak sebab aku daki lambat dan terpaksa buat ahli group lain menunggu. dan disebabkan setiap 100 langkah kami kena buat readings untuk 4 parameters tu, aku hilang tenaga lagi sebab aku kena buat readings dan beritahu readings tu dalam suara termengah-mengah. kemudian sebelum aku sempat hilangkan penat, kami bergerak semula. fuhh, aku sungguh penat mendaki malam tadi.

tapi. bila kami sampai ke puncak bukit. aku lihat atas. malam tadi langit sifar awan. hanya langit yang gelap pekat dan sedikit cahaya dari bulan. dan. bintang yang tersangat banyak, tersangat banyak. masing-masing dengan cahaya sendiri. berkumpul membentuk buruj-buruj. bersinar dengan kadar tersendiri. bergilir-gilir membuat aku diam. ia sangat cantik ya Allah. ia sangat cantik. scott kemudian bercerita tentang southern cross. tentang di mana south pole. tentang the tilt of the earth. kemudian masing-masing kami tersedar yang di atas bukit tinggi itu ada line handphone. rafaat sempat telefon seseorang. scott received 3 messages. kemudian sempat berseloroh, 'i want to call the ambulance now.' bila kami mula rasa sejuk dan penat mendaki dah hilang selepas melihat cantiknya bintang, kami mula turun bukit yang sama untuk balik ke camp site. lagipun kami dah lambat untuk dinner. tapi memang, lepas sakit dan penat mendaki bukit yang cerun tu sampai pancit, melihat bintang yang sangat lawa dapat hilangkan rasa itu. ia memang tak sebanding. sambil tu aku cuba hilangkan rasa itu bila hati berkata, 'ah..kalau dia ada di sini..' but yeah, stupid. i shouldnt felt that way.

dan turun bukit ada cabaran juga. bukit tu bukan tanah yang tegap, ia penuh dengan batu-batu kecik. aku hampir jatuh terduduk setiap 100 langkah kami bergerak sebab bukit tu sangat curam. memang confirm kasut aku banyak kelemahan dibandingkan dengan kasut orang lain yang lebih kuat. sama jugak dengan torch light aku yang dimmer compared to others. jarak penglihatan aku cukup terbatas; syukur scott banyak tolong aku dengan halakan torch light energizer yang lebih mantap tu ke hadapan aku untuk memandu aku di depan. aku terfikir, mungkin aku kena beli kasut dan torch light baru lepas ni. next time aku pergi camping, aku akan pastikan aku ada equipments yang cukup untuk pastikan aku cukup makan, cukup tidur, tak rasa sejuk dan lebih kuat dan dapat function dengan lebih baik. nampaknya kena tukar kasut lepas ni. tukar torch light, tukar jaket. aku perlu upgrade for something better. aku rasa sangat kurang sampai aku hampir yakin malam tadi aku akhirnya memang akan terjatuh dan tergelincir sambil sliding menuruni bukit tu dan dapat luka-luka. jadi sepanjang jalan aku doa 'Tuhan izinkanlah. Tuhan selamatkanlah. Tuhan bantulah. ya aku lemah. ya aku kurang. sungguh aku mengaku.'

dan sungguh Tuhan tu izinkan sesuatu yang lebih baik dengan sayangNya. tak percaya jugak aku dapat habiskan daki dan turun bukit tu tanpa satu luka pun. lepas tu aku cakap pada kasut dan torch light aku, 'hey, we made it. we survived'.

dan itu membuatkan aku sedar dengan suatu konsep.

dalam hidup, apa aku ada sekarang ni, bukanlah semuanya terbaik. dan kalau nak apply dengan orang-orang yang rapat dengan aku, orang-orang yang aku sayang, juga bukanlah yang terbaik. aku pun manusia lemah.

kalau kasut, jaket dan torch light, aku boleh bila-bila tukar kepada yang lebih baik. tapi bukan semudah tu aku nak tukar-tukar tentang siapa yang aku sayang. ya, aku mungkin akan sedih dan kecewa dan hadap banyak kesusahan sebab itu pada masa akan datang. maka Tuhan, sebelum apa-apa berlaku Kau yang maha tahu tolonglah selamatkan aku.

tapi kemudian aku sedar, macam mama jugak pernah kata 'human's capabilities are far more than they themselves can ever expected.' manusia lebih dan sangat dinamik, manusia boleh upgrade kepada yang lebih baik, manusia ada banyak potensi yang tak terbayangkan. even dengan kasut, torchlight dan jaket yang serba kekurangan tu, aku masih selamat. inikan lagi binaan biologi super dinamik Tuhan.

maka tak ada apa yang tak boleh diusahakan. semuanya mungkin. yang tinggal hanya sama ada Tuhan mahu izinkan atau tak. selemah mana pun seseorang manusia tu, kalau Tuhan izinkan pasti akan boleh. dan sekuat mana pun manusia tu, kalau Tuhan tak izinkan tetap takkan boleh. itu buatkan aku sedar, sampai bila-bila pun aku pasti akan perlukan Tuhan. sampai bila-bila pun magik aku bergantung pada Dia. tak ada satu saat pun aku mampu rasa kuat tanpa Dia. and somehow aku rasa bersyukur dengan kelemahan-kelemahan yang aku ada, sebab dengan kelemahan-kelemahan tu aku sentiasa akan ingat aku perlukan Dia. dan dengan memerlukan dan bergantung pada Dia, aku rasa selamat.

maka Tuhan, buatlah apa yang Kau suka. sesusah mana pun aku akan cuba fahaminya. dan izinkan Tuhan, bahawa aku memahami. dan juga diselamatkan.

apa-apa saja asalkan kami selamat. ameen.

sambil aku mendongak ke atas. dan aku lihat lagi bintang-bintang. penuhi latar hitam. sambil tarik nafas aku tunduk perlahan-lahan. tengok tanah tempat aku berpijak. sama ada jauh atau dekat, aku tetap akan rindu. yeah, i guess so.

1 comment:

Mesin Kata said...

suatu pengalaman dan coretan terkesan di hati.

tapi...

sy kena marah td. =(