Friday 27 June 2008

khamis, 26062008

adalah hari pelangi beratus perisa.

first time makan di max brenner's. menu: banana bread + choc melt. sikit dark-orange choc kak arie + belgian waffle safia. oishii, tapi muak. maybe akan ambil masa 2-3 hari untuk badan aku stabilize-kan sistem pemakanan and pencernaan aku balek. ada rezeki lagi murah kita cuba tutti-frutti waffle pulak, oke. rasanya mesti lebih enak dan tak lah muak sangat, kan. memikirkan cokelat dan kegemukan adalah suatu yang sinonim, dah cukup memuakkan aku sebenarnya. iya, cakap saja yang aku ni semacam obsesi dengan diet. sebab selagi aku tak puas hati yang berat badan aku dah maintain dan sebelum aku betul-betul arif tentang sistem badan aku, aku akan terus teruja nak ambil tahu tentang apa aku makan dan kesannya. ini badan aku; i need to know. plus, family aku ada history of cardiac arrest, dan aku sekarang masih setahun jagung dengan weather di ausie. lagi, aku sedang membesar dan first time betul-betul jauh dari family maka perlu berdikari. jadi aku perlu faham badan aku sendiri.

settle. lepas solat maghrib bertolak ke broadmeadows untuk ke tullamarine airport, melbourne. parents safia akan sampai lebih kurang pukul 8 malam jadi kami nak ke sana untuk jemput diorang. semuanya lancar, sampailah ke essendon train station. dari sana, kami ambil bas no 477 untuk ke sharps road, dan dari situ, ke airport.

'dari sharps road ke airport macam mana?' aku pada safia.
'dalam laman web tu dia cakap jalan 5 minit along sharps road kemudian akan sampai ke airport.' safia.
'oh.'

sambil menunggu bas, di seberang jalan ada satu 'ukranian house', dan ramai budak muda-mudi dengan pakaian elegan + semmart (lelaki) + seksi (perempuan) masuk. nampaknya mereka semacam ada gathering atau majlis sekolah, mungkin. beberapa lama jugak aku tenung, sambil berfikir adakah mereka bahagia. ah, soalan.

bas sampai dan turunkan kami di sharps road. dari situ kami agak confused. nak jalan ke mana? depan? belakang? belok kiri? masuk kanan?

last-last. ikut kata hati. 'kita jalan depan,' safia cakap. aku ikut.

jalan dan terus jalan.

5 minit.

10 minit.

15 minit.

'kata 5 minit. kenapa tak sampai-sampai lagi?' dalam hati. mula risau. kenapa kawasan airport ni gelap sangat? tak banyak kereta lalu-lalang pulak tu. banyak pejabat dan business buildings, kereta dan vehicles yang besar-besar. yang penting, ia malam dan ia sangat sunyi.

bahaya.

sebuah trak berhenti untuk lampu merah, dan pemandu cina di dalamnya memanggil kami.

'where are you going?'
'to the airport. is this the right way?'
'yeah. but the airport is 30 minutes from here. why are you girls walking all by yourselves? it is very very dangerous!'

diam. seriau. kami tahu, tapi nak buat macam mana.

'it is okay. you go there, you see the carpark, the big one over there? there will be a bus going there to take the airport workers to the airport. ask for a lift, they'll give you one.' sambil tangannya diarah pada carpark tu. 'dont walk here by yourselves, it is very dangerous.' sungguh-sungguh dia tekankan part itu.

maka kami pergi. dan tunggu. dalam hati tak putus. Tuhan tunjukilah kami jalan yang betul. selamatkanlah.

beberapa minit kemudian, bas tu sampai. bas Qantas yang ambil pekerja pergi balik airport, berhenti depan kami. ramai pekerja-pekerja turun, mata-mata melihat kami. kami approached pemandu bas dan beritahu dia.

'no i cannot take you there. this is not a public transport.'
'please give us a lift. we dont know where else to go.'
'where's you car?'
'we dont have any car. we came here by public transport. our parents are waiting for us at the airport. from there, we already have a transport to go home.'
'why not take a taxi?'
'is there any taxi here that we can take?'

dia pandang kanan kiri sekejap. kemudian dia diam. kami pun diam.

'alright. just sit down. sit down.'

kami lega. 'thank you so much!' kemudian duduk dengan senyap di seat agak depan.

'you know, i shouldnt bring you inside. i am in trouble.' iya, sebab ia bertentangan dengan undang-undang kerja dia. dia tak boleh bawak orang luar naik bas pekerja tu. kami hanya diam sepanjang jalan.

dia hantar kami terus sampai ke terminal area. syukur sangat Allah aje yang tau. sampai jugak ke airport.

'thank you so much! sorry to trouble you.'
'you know, i am a muslim too.'
'oh yeah? assalamualaikum!' dengan bersungguh-sungguh. Tuhan ada aje cara nak beri pahala pada hambaNya.
'and thank you!' sebelum keluar bas.

flight was delayed. parents safia sampai lambat. syukur, mereka tak perlu menunggu kami. safia telefon cina yang akan bawak kami dari airport ke rumah. kemudian nampak muka safia semacam bermasalah.

'kenapa safia?'
'cina tu. dia salah faham. dia ingatkan nak mintak hantar dari rumah ke airport. sekarang dia ada kat rumah, bukan airport.'
'lah..abes tu?'
'dia kata dia ada appoinment lain. so dia tak dapat datang. arrghhh..kenapa semua benda tak menjadi hari ni..?'
'rilek rilek. cuba tanya teksi harga berapa.'
'kalau shuttle bus dandenong tu 25 dolars per head. kalau teksi lagi murah kita amek teksi je lah.'
'oke.'

lepas tanya, seorang pemandu teksi kata dalam 70 dolar per ride camtu kalau ke clayton. so we figured out, lebih baik ambik teksi.

dan pemandu teksi tu jugak seorang muslim. pernah tinggal di malaysia lagi. tahun 91-94. katanya dulu dia advisor anwar ibrahim. dia tak suka sangat anwar ibrahim.

'i like mahathir better. he did his job, whether you like him or you doesnt,' katanya.
'yeah, i can agree with that.' aku.

dan jumpa lah parents safia. baik orangnya. rileks aje. alhamdulillah lepas semua haru-biru tu, kami sampai rumah dalam 10 malam. safia masak nasi dan goreng telur, aku masak murtabak maggi resipi dari sekolah sambil kami makan-makan kuih-karipap-kecik-yang-keras-ada-isi-serunding-kat-dalam-tu (sory aku tak ingat apa nama dia) dan parents safia tengok tv. lega sangat-sangat.

lepas tu nak tengok kungfu panda pun tak larat lagi. haha.

time tunggu parents safia kat epot, nabila called. katanya esok akan pulang ke mesia. for good. hmm..kembar aku nak balek mesia. kesunyian lah aku pasni. takde siapa nak bercerita hal-hal yang aku tak boleh cerita dengan orang lain. dah la bagitau lambat gile, nak jumpa sebelum balik pun tak sempat. bingung punye nabila, nanti bile aku jumpa ko kat mesia ko hutang aku mcD- double treat =p haha. entah lah. aku dengan orang-orang yang aku sayang selalu macam tu. jauh.

adehs. aku kena betulkan sistem badan aku semula. badan aku rasa bingung + kepala aku pening + malam tadi time tidur perut aku berbunyi macam biasa tapi segan sebab safia tidur kat sebelah (isk3). malunya.

iya. hari pelangi beratus perisa itu, dah pun berlalu. ending nya? Allah masih sayangkan kami. :) hepi. thank You ya Allah.

p/s: kalau mama tau ini habis aku. tapi ma, doa mama jugak selamatkan qilah, selamatkan kitorang. thanks :)

4 comments:

mostlyepiphanies said...

Kebetulan!Semalam aku makan max brenner tutti frutty pancake. Sedap! Coklatnya tu, wah x tergambar. hehe.

Aqilah bila aku nak merasa murtabak maggi kamu??


Cerita kamu!

Semasa aku n lemi menghantar zepong nak pulang ke new zealand, kami silap turun stesen, sepatutnya international, turun domestic. Kononnya rasa dekat je kot dom dgn int, so berjalan lah kami.

dan jalan

dan jalan

hampir selama-lamanya.

Penat x tergambar. Dengan bagasinya si zaipong tu.Tidur di airport semalaman sebab flight zaipong awal pagi.

tapi ceritera begini bersama kawan2 kita lah yang kita akan ingat kan?

akira said...

Aijud,

aku belum rasa tutti-frutti..banana bread with choc melt tu oke, tapi kene makan dua orang baru tak rasa muak. hehe..

murtabak maggi..? nak rasa kene datang melbourne laa..haha..ala murtabak maggi aku simple jak, still tengah fikir apa lagi boleh aku campur dalam murtabak maggi tu supaya dia rasa lebih umpph! hehe..

dan, eh...

rupa2nya kamu pun ada experience mcm tu..waa..btul2..kenangan tu..bkn senang nak dpt pengalaman cenggitu kan..hehe..tp seram gak bile pk2 balek..like someone said 'tu lah..memandai2 sangat..' haha btl gak tu..but mana nak tau bende da nak jadi kan..but it truly is one experience of its kind :)

p/s: aijud! kamu baca keseluruhan celoteh aku yang panjang lebar itu..sangat terharu!

Nalajas said...

qilaaaaa. im so glad u are safe and sound! time aku call kau tu kau relax je, tatau pon kau sebelum tu siap sesat2 semua. hesh kau ni budakkk. buat aku risau time bace blog kau je!
hah yela2, kau balik msia dulu, aku belanja kau makan ape je kau nak. kau sorang je la tapinye. haha. kau kumpul semua cite kau okkk. aku nak dgr semua sekali!!! and latest2 gossips dkt clayton jugak! haha. rindu kauuuu!

akira said...

hehe..biase lah aku relax2..kau mcm x tau..ngeh2

yeayyy ade org nak blanja..!! hehe..ye lah nnt ak cite lah..kau pun sama..in the meantime jgn rindu ak sangat kat mesia tu k? hahaha

take care darl..miss u too :)