Friday 29 August 2008

春は来たですね~ (haru wa kita desu ne~)

hari ini aku bangun lebih kurang 630 pg. lepas solat dan minum air aku kunyah sekeping chewing gum dan mula exercise. rasa macam da bertambah berat; x leh jadi ni. sejak dua tiga minggu ni kaki kiri aku sakit so x boleh nak cergas sangat. jalan g uni pun terhinjut-hinjut. maybe hari tu aku terkehel kat mana-mana kot. entahlah.

tapi aku dah puas layan. hari ni mula lah exception. x kire; aku exercise gak. sakit lah sikit tapi x de lah teruk sangat. boleh tahan lah kaki pun tak terhinjut-hinjut lagi. jalan pun dah makin laju. doa-doa kaki ni cepat sembuh. hari tu kaki kanan skang kaki kiri pulak. tahan lah kaki, yerk. x lama mana pun.

tapi hari ni cuaca sangat best. cerah, time pagi dengan tengahari tak ada awan. just langit biru dan boleh nampak burung terbang dengan jelas di mana-mana. angin pun tak dingin sangat, rasa macam hari yang tenang di malaysia. sukanya.

bila sampai seminar nihongo aku tengok olivia belum sampai. entah macam mana aku boleh ngam dengan seorang dari korea tu. tinggi cantik muka simple, x sweet sangat, ekspresi tak berlebih-lebihan. lepak betul aku dengan dia. sejak first time aku jumpa dia aku rasa macam aku boleh sembang apa-apa pun dengan dia. dia senang sembang apa-apa je tp dia bukan mulut bising- orang rileks. aaa..macam seorang yang aku sayang tu. dan lepas tu je kitorang mesti duduk sebelah-sebelah.

tapi tadi tak. sebab dia datang lambat. sebelah aku dah ada sorang mamat ni duduk. redha je lah. skang olivia da final year business, busy giler lah tu. kesian, dia selalu cite pasal study cases dan assignments dia yang belambak.

bila dia masuk kelas dia duduk paling depan jugak tapi seat dia jarak sikit dari aku. bila nampak aku dia just senyum n kenyit mata. aku just senyum simple je, kemudian masing2 sambung keje.

bile time rehat, dia nak kuar, g toilet kot. tp dia jumpa aku dulu.

*'genki desu ka?' aku.
'genki desu.' dia.
'ii otenki desu ne..' aku.
'haii..sou desu.' dia cakap sambil pandang luar tingkap.

tiba-tiba dia duduk sebelah aku, atas seat aku. berhimpit lah kitorang berdua. aku pun pelik. kemudian dia cakap 'why am i the only one standing? isnt this recess time?' sebab semua orang duduk meja masing-masing buat kerja padahal time tu time rehat, so dia rasa macam mencapub. haha. aku cakap la 'i dont know. it's okay it is recess time. haha' orang lain pun da pandang kitorang. macam pelik sebab sorang budak korea sorang budak melayu pakai tudung n baru kenal tapi da boleh ngam giler sampai kongsi seat. aku rilek je.

before balek dari kelas sembang lagi. sikit-sikit je la tapi cukup la tu kan. dia pun busy kene g caulfield campus naik bus to go to her next class. dia cakap next seminar nihongo dia tukar timetable kot. sebab dia ada keje kene siapkan makanya tak boleh hadir seminar hari jumaat. susah aku nak jumpe kawan yang aku leh ngam kat sini, so aku rasa sedih sket. tapi hidup aku dah macam tu, selalunya pun aku jauh dari orang-orang yang aku sayang dan sekepala ngan aku. kejap-kejap berpisah. x pelah, rileks je lah kan. dan jangan risau sangat, kan :)

balik dari kelas aku enjoy weather lagi. aahh..cuaca yang sangat baik. bunga-bunga macam-macam kaler kat sana-sini, semua cantik-cantik. kecik besar merayap kat pokok kaler kuning merah ungu putih biru dan macam-macam lagi. sangat cantik.

aku bukak tingkap bilik sikit, sambil baca makthurat pandang langit yang tak banyak awan. kalau ada pun awan tak besar sangat dan banyak yang nipis-nipis. dapat rasa sikit bahang matahari, rasa panas n best. suara budak-budak main kat luar pun boleh dengar. ahh..*haru wa kita. tashikani, ne.

dan tadi sempat sapu bilik kejap. malam ni ada bbq lagi, entah la asyik bbq je budak2 petronas ni. aku tak minat sangat bbq..walaupun senang dibuat tapi tak sihat lah..adeyh. pape pun pegi jek, orang da ajak kan. maybe nak announce pasal tender makanan petronas dah tukar kot. emm, entah menu last macam mana yang diorang prepare malam ni yerk.

semalam time tipon rumah, aku rasa aku dah faham something tentang mama. jadi aku takkan give up. dan agaknya, bila mama asyik cakap 'i miss you, i love you so much' setiap kali before kitorang hang up, adik-adik pun dah blajar dari situ. semalam, first time awin cakap 'i miss you' sebelum letak tipon. walaupun aku rasa sedikit awkward bila dia cakap macam tu, tapi aku rasa aku sukakannya. aku terdiam kejap bila dengar kejujurannya tu kemudian aku balas balik 'i miss you too soo soo muchhhh! hehe..awin take care ya' dan kemudian kami bagi salam dan letak tipon.

betapa kadang-kadang sesetengah orang sangat berani untuk mencintai, macam dia dan dia tu. sesuatu yang aku sangat takut untuk buat. maybe sebab dari kecil mama ngan abah kurang cakapkannya kot; perkataan 'i miss you i love you' too. bila da besar ni baru mama biasakan bagitau aku yang dia sangat sayang aku. aku betul-betul rapat dengan mama pun, sejak masuk kolej..so tak peliklah jadi macam tu.

okelah, *souji ga arimasu yo. jaa mata :)

p/s: *yoku kinyoubi desu :)

*genki desu ka = sihat kah?
genki desu = sihat
ii otenki desu ne = hari ni cuaca baik, kan?
haii..sou desu = aah
haru wa kita..tashikani = musim bunga dah datang..semestinya
souji ga arimasu yo = ada keje
jaa mata = see u later
yoku kinyoubi desu = slamat menyambut hari jumaat (lit. hari jumaat yang baik)

No comments: