Monday 17 November 2008

final fantasy VII: the advent children

selepas dia merapuk begini:

"fikiran yang aku racuni
hati yang aku cemari
perangai cabul yang aku jalangi
pekat mengalir dalam badan
menemaniku sampai mati

rahmat yang berterabur
murah dan dilupakan
maaf yang percuma
belum tinggal kenangan
takutkah akan keampunan?

akulah itu, seorang manusia
yang sempat merasa berdosa
dan tak dijamin syurga"

aku katakan padanya, sebagaimana tifa kepada cloud, 'zuruzuru zuruzuru. zuruzuru zuruzuru' (*terjemahan: elak elak. elak elak)

rasanya dia tersedar. aku harap, semuanya bertambah ringan baginya selepas itu. ameen.

No comments: