Tuesday 11 November 2008

alam membisikkan kesuteraan

selepas seketika aku buat keputusan untuk tidak menambahkompleks pemikiran. walau saban waktu dalam diri ini selalu bermonolog tentang kegusaran. tentang mimpi, masa depan, dosa dan pengakhiran. segala yang bercampur dan hampir menghambur dalam setiap gerak-geri aku dan membuatkan aku lupa diri.

kebolehan untuk berfikir dengan ringkas itu, bukan kerana aku yakin dosa aku sudah diampunkan. dan juga bukan kerana aku sudah tahu apa akan jadi masa depan. tapi kerana kata dia, apa-apa pun mudahkan lah. bukan hanya untuk orang bahkan untuk diri aku sendiri. dan kerana Dia kata, Dia takkan mensia-siakan usahaku (3:195). inikan lagi Dia yang maha penyayang itu, yang aku fikir betapa aku berusaha pasti takkan mampu menebus diri sendiri atau membeli setiap kemahuanku dariNya, sebab Dia pasti, pasti, dapat memberikannya secara percuma. walau betapa aku berdosa.

maka aku mewajibkan ke atas diriku, untuk mencuba demi aku sendiri, supaya mempunyai ketenangan. di kala rindu yang menusuk, di tengah sibuk yang menggila, di waktu gusar yang berkisar dalam diri. menjadi lembut dan lancar, seperti diri aku sebenar yang diaspirasi seorang orang kesayangan di kejauhan. dia yang Tuhan izinkan aku diselamatkan melaluinya. dan dia yang setiap hari aku berdoa ingin bersama sampai ke syurga.

ameen ya rabbal alameen.