Thursday 6 November 2008

mahu buang lemak..?

baru terdetik untuk mencari maklumat saintifik tentang hobi aku masa lapang dan sibuk- kunyah gula-gula getah. hobi ini abah ajar sejak kecil, dan aku masih ingat kali pertama aku kunyah gula-gula getah aku tertelan dan mulalah abah mengusik tentang gula-gula getah yang akan melekat dalam perut aku dan tak akan mau keluar. mama sudah runsing-runsing sebab risau anak sulungnya tercekik.

hujung tahun lepas aku ikut beberapa rakan bekerja di ladang, dan disebabkan nak untung banyak kami pakat tak mahu makan tengahari dan terus kutip buah dari 730 pagi sampai 330 petang tanpa berhenti. dan disebabkan aku tak biasa tinggal waktu makan dan cepat lapar, maka aku beli gula-gula getah untuk kurangkan rasa lapar dan tambahkan fokus pada kerja. selepas sudah terbiasa aku tak hairan lagi kalau tak makan tengahari, dan tanpa aku sedar aku hilang 8 kg sepanjang aku kerja lebih kurang sebulan tahun lepas. jadi aku fikir aku hilang berat semata-mata sebab aku penat lelah kerja di ladang.

tapi selepas hampir setahun, masih ada orang yang cakap aku semakin kurus. aku jadi pelik sebab aku tak lagi kerja di ladang dan senaman pun aku semakin jarang buat sebab aku semakin sibuk dengan belajar. satu-satunya yang masih tinggal ialah tabiat mengunyah gula-gula getah untuk elak dari keinginan untuk sentiasa makan, sebab sekarang aku memang kawal pemakanan aku untuk jaga berat badan. hehe.

bila aku cari maklumat tentang gula-gula getah di internet, aku terbaca tentang satu kajian di mana tabiat mengunyah gula-gula getah dapat mengaktifkan gerakan otak dan membantu menguatkan ingatan, sebab ia meningkatkan kadar denyutan jantung; akibatnya semakin banyak oksigen dan glukos dialirkan ke otak untuk membantu operasi otak. otak menjadi lebih aktif dan dapat berfungsi dengan lebih baik (rujukan 1). padanlah aku belajar pun makin baik sejak awal tahun ni.

yang lebih menarik, perlakuan mengunyah gula-gula getah juga menyebabkan air liur dalam mulut bertambah banyak, dan kesan ini sama dengan situasi apabila kita lapar. akibatnya, badan akan menghasilkan lebih banyak insulin, yang berfungsi memproses glukos dalam badan dan mengelakkan diabetes, di samping meningkatkan kadar metabolik badan (rujukan 1 dan rujukan 2). bila kadar metabolik bertambah, badan akan memproses lemak atau menggunakan tenaga dalam kadar yang lebih tinggi, maka membantu mengurangkan berat badan.

tapi terlalu selalu mengunyah gula-gula getah juga ada kesan buruk, contohnya lebih risiko untuk mendapat migrain, mendatangkan kesan negatif terhadap dadah (banyak penyakit gunakan dadah sebagai ubat, kan) dan mengakibatkan sakit di belakang tengkuk dan rahang mulut (rujukan 3).

dalam rujukan yang sama ada juga menyatakan yang mengunyah gula-gula getah membuatkan pankreas menghasilkan enzim untuk memproses makanan tapi disebabkan tiada makanan masuk ke dalam perut, enzim tidak digunakan dan pankreas menjadi 'keliru' atau 'rasa tertipu'. akibatnya, pankreas akan menghasilkan enzim dalam kuantiti yang lebih rendah dan apabila makanan betul-betul masuk ke dalam perut, proses penghadaman akan berlaku dengan kurang efisien.

jadi ada baik dan buruk. pepandailah pilih yerk :)

4 comments:

syazwansamar said...

wahahahahah~~
bagos2
nak buang lemak yg sudah lame terkumpul ini~~

Anonymous said...

serious ke leh turun berat??
ngehngeh..ni yg rasa nk try ni..

Lexy Rollo said...

hahahaha.
baikk instructor!

akira said...

selamat selamat lah kamu semua yerk.

:D