Sunday 2 November 2008

mimpi ngeri lagi

satu lagi mimpi ngeri setelah sekian lama. dan mimpi-mimpi ngeri itu selalu menuruti pemikiran ngeri aku. yang selalu akhirnya aku akan simpulkan baik-baik dengan 'Tuhan, selamatkanlah aku ketika aku tak lagi diperlukan'.

dalam mimpi itu aku minta dia duduk di ribaanku. riaknya tak pernah berubah; kali akhir aku berjumpa dengannya dan tika berjumpa dengannya malam tadi wajah selambanya tetap sama. keadaan aku yang semakin teruk; darah mengalir dari kedua-dua telingaku dan aku tidur dalam keadaan sangat takut.

aku yang tak habis-habis meminta maaf. dan selepas jatuh sakit dan dirawat, dengan badan yang masih lemah aku disambut pulang di rumah dengan sambutan hari lahir yang sangat meriah oleh keluargaku. aku cuba senyum; bayangannya belum dapat aku hilangkan. terasa seperti ketiadaannya hari ini antara sebabnya ialah aku.

namun lagu-lagu itu masih segar dan nyanyian mereka sedikit pun tak sumbang. buat seketika aku fikir, aku mahu mencontohi lagu-lagu itu. seketika, semasa aku masih bernafas. aku pasti ia takkan begitu lama.

Tuhan, selamatkanlah aku ketika aku tak lagi diperlukan.

2 comments:

Amiene Rev said...

Peperiksaan sudah berakhir?

akira said...

belum. ada lagi 3 papers. insyaAllah 1211 ni habis =)