Tuesday 15 September 2009

hari ke-6



15 minggu berbaki.

malam tadi nightmare lagi. mungkin gangguan dari laptop yang agak tak sihat. jadi aku bangun awal, gambar ni aku tangkap seawal 430 pagi. sambil membayangkan betapa insyaAllah 15 minggu akan datang mungkin kali terakhir aku berteleku di kerusi itu. harap-harapnya begitulah. ameen ya rabbal alameen.

masa lepas punya cara tersendiri untuk membuatkan aku berasa sejuk. sama seperti ketika aku melihat gambar sekolah yang cikgu-cikgu dan junior aku ambil. aku boleh melihat diri aku dalam uniform berpeluh-peluh mengejar waktu makan tengahari dan bau lauk yang kadang-kadang melekat sampai petang lalu minta segera dibasuh.

dan aku juga dapat membayangkanmu berjalan lambat-lambat mengikut lorong gajah menyusur sambil menekur lantai dan menyeret seliparmu, dengan kedua-dua tangan menyeluk saku seluar kanan dan kiri. kurasakan banyak perkara yang aku tak mampu dalam dunia ini, termasuk berlari ke arahmu waktu itu dan bertanyakan kenapa jalanmu perlahan seperti itu, sedangkan kau seorang yang sentiasa periang dan bersemangat.

dan walaupun sekarang aku sudah tahu sebabnya aku masih rasa begitu.

mama kata adalah normal untuk seorang yang sentiasa mengira-ngira hari kepulangan untuk menangis saat kakinya mula menjejak tanah penantian. sedang aku berkira-kira tentang waktu itu, rindu yang belum terubat dan menyucuk-nyucuk aku usap dengan peringatan bahawa masih ada assignments dan report yang belum siap.

maka dengan itu aku bertahan.

p/s: selamat hari lahir pada aisyah (1409) yang bajet macam dah tinggi la kononnye dan acu (1609) yang sentiasa nak aku balik buatkan dadih untuk dia dan tak malu mengingatkan mama 2 hari lepas 3 hari lagi hari ape ;-]

4 comments:

whitelotus said...

counting days 2 come home??
:D
sabar, sis. sket jew lg.
all the best 4 ur final=)

akira said...

hehe~
all the best to u too ;-]

cherita nan lalu said...

no worries...lirik lagu wanita tu memang saya hafal sejak dulu lagi..haha...aussie tang mana?

akira said...

owh..x jmpe mp3 dia..kat melbourne..insyaAllah da nak abes da..