Monday 31 August 2009

musim bunga yang sedikit resah

sahur tadi diteman marini sambil mengunyah roti perlahan-lahan pukul 420 pagi. sekejap-sekejap rasa lekit lalu aku cicahkan roti ke dalam air teh suam. air teh yang dibancuh malam tadi dan masih berbaki yang aku panaskan seminit dalam microwave. mula-mula berfikir mahu makan sekeping lagi roti tapi tak apalah, selera tak ada pula. insyaAllah tahan aje sampai berbuka, alah macam lah tak biasa.

usai solat subuh aku malas-malas bangkit dari sejadah. memikirkan esei dan report yang belum siap, tertangguh sebab influenza. kagum, tak sangka influenza boleh jadi sekuat itu. alhamdulillah sekarang semua dah okay cuma batuk kahak masih belum hilang. apa-apa pun hati aku masih berbunga sebab musim sejuk dah berakhir. cuma resah ini takkan hilang selagi kerja-kerja aku belum siap.

'lagi berapa jam 1 september?' marini mengusik.
'entah lah tak kira. assignments banyak tak siap ni, awak kirakanlah. haha~' aku menjawab selamba, acuh tak acuh melayan adik aku seorang ni. terima kasih lah, dia bukan jenis sensitif macam aku, tahan aje dengan perangai chipsmore aku yang suka tiba-tiba lenyap tanpa sebab. tak pernah merajuk bila aku tak balas mesejnya di ym atau sms yang bila cuti sekolah mengisi bunyi-bunyi seharian aku.

aku tak boleh, tak boleh rehat lagi...jadi aku bangkit terus dari sejadah, melipat telekung dan kembali ke meja penekunan. pukul 758 pagi aku selesai membaca. sekarang perlu fikirkan isi mana aku mahu ambil untuk ditulis dalam esei aku nanti. 1000 perkataan, anggarku dalam 3-4 muka surat. sekejap-sekejap jari-jari meluncur tanpa fikir ke keyboard, klik pada butang facebook dan melihat updates. kemudian ke ym. rindu.

tiba-tiba LGU990 ku berbunyi.

'akum anak ma, tak de klas ke ari ni'.

cepat-cepat aku beralih dari hp dan menyambar telefon rumah. suara awin pertama aku dengar. dah sahur, mama bangun pukul 5 pagi dan buat cucur ikan bilis. aku minta mahu bercakap dengan mama.

'anak ma takde klas ke?'
'ade..pukul 10. ma ngah watpe?'
'baru lepas sahur. tengah mengerah adik-adik kamu sembahyang. tadi anak ma makan ape sahur?'
'owh..qila makan roti. sapu susu. cicah air teh. ma buat cucur ea?'
'aah, alah cucur ikan bilis aje. kitorang kat rumah ni bukan makan nasi pun.'
'same lah qilah, pagi-pagi tak biasa makan nasi.'
'kan kan? kite memang tak biasa macam tu.'

yang peliknya, sekejap-sekejap terdengar suara adik-adik aku gelak di belakang mama. mama kemudian berhenti bercakap dengan aku dan beralih kepada mereka tapi mama tak suruh mereka diam; mama bisikkan sesuatu kemudian cakap 'cepat lah, cepat lah.'

'ma..ma?'
'iye iye..ma de sini..'

tibe-tibe ma cakap 'okay ready..?? 1..2..3..'

happy beday beruang tua..
happy beday beruang tua..
happy beday beruang tua..
happy beday beruang tuaaaaa...

kemudian adik-adik aku mengilai di belakang mama, ketawa yang tersangat seronok sebab dapat mengenakan aku walaupun aku jauh. mama pun tergelak sama.

'mamaaaaa..alaaa..pe beruang tuaaaa..beruang comel laaaa..' kemudian aku pun ikut tergelak.

'tapi awal sehari lah ma.'
'alah, takpe, dah alang-alang kamu call.'
'hehe~ thank you..makacih kat adik-adik gak ea..'
'okay beruang tua..hehe~'
'alaa..npe pulak qilah beruang tua..mak beruang camane..? hehehe~'
'amboii..mak beruang tak masuk list..haha~'
'owh..dah beruang ma, polar bear, grizzly bear, skarang beruang tua pulak ea..'
'hehehe~ beruang makan ramen..nanti balek mesia kurus macam spiral maggi..baju pun saiz XS..hasif kate takde shape..'
'haha~ ello..sape kate tak de shape aa..hasif kuang ajaq ea..'
'haha~ okay2 ma dah ketuk pale dye untuk kamu.'
'yeayy! makacih..haha~
'owh, nah kejap ahnaf nak cakap.'
'okay.'

'yong, tips-tips terakhir ade?'
'tips terakhir? owh, bile upsr ek? bulan 9 kn?'
'aah, 8 hr bulan.'
'owh..uwm..banyakkan bace doa, jangan tinggal solat, bile ma panggil cepat datang wat pe ma suruh..'
'okay..kalau time exam lupe ke blank ke camane?'
'selawat banyak kali..akak dulu selalu wat camtu..'
'okay..kamu bile nak balik? kitorang dah beli baju raye da..ade baju raye kaler purple tak?'
'lagi 16 minggu..hehe~ mane ade warna purple..kenapa?'
'sume pakai kaler same tahun ni..warna purple..'
'aaa...?? tak pena-pena kaler same pastu npe orang nye takde..? nak gak..mane aci sume pakai baju kaler same org still kat sini..eeeee..cakap ngan ma..'
'alaa..nanti raye haji pakai la same-same..'
'takmo..tak same..takkan korang nak pakai baju kaler same dua kali kot?'
'pakai je lah..'
'takmo..tak aci..orang nak join gak..nak cakap ngan ma..'
'ye ye jap jap..nah ma..'

'uih berat tul ahnaf ni sambil cakap kat tepon duk atas riba ma. ma rasa macam 100 kilo duk atas riba ma ni. haha~'
'haha~ ingatkan ahnaf da kurus. maaaa..nape sume kaler same?? qilah nak gak..'
'ye lah ye lah sat g ma nak belikan baju krung aisyah ngan baju melayu hasif nanti ma carikan untuk kamu sekali kalau ade..'
'huhu~ okay..tak acinye pakai kaler same..'
'haha~ kamu da nak balik da kan? tak lama je lagi..'
'aah..lagi 16 minggu..'
'alahai homesick nya anak ma sampai kira minggu..hasif suruh kamu buat macam orang-orang dalam penjara tu, buat macam kira lidi-lidi tu, lepas lukis empat potong..srettt..'
'eee hasif kejam..'
'hahaha~ kamu de klas ni kan?'
'aah..pukul 10..selalu qilah gerak 940 camtu..qilah g siap-siap dulu k..'
'okay sayang ma..take care..i love you..we miss you..'
'huhu~ love and miss u too..ma kem salam adik-adik k..'
'okay..assalamualaikum..'
'waalaikumussalam..'

1 jam 14 minit lebih. sempat bersembang pasal orang miskin, selsema babi dan resepi nasi ayam. lepas ni boleh lah try insyaAllah.

p/s: selamat hari lahir ke-52 malaysia. moga dalam sayang Allah selalu. ameen..~

5 comments:

Unknown said...

qila...
heppy burfday...

akira said...

maceh linda..
cmat bpuasa ea.. ;-]

R.A.H.I.M. said...

happy bufday n happy fasting month, beruang tua..hehe~

akira said...

thanks for the bday wish..
happy fasting month to u too..
eyt eyt ane de bruang tue..bruang comel lote je..
haha~~

Amiene Rev said...

happy belated birthday and semoga sihat selalu. :D